Connect with us

Artis / Selebriti

” Baru nak tengok moment Kak Lina dengan Mamat. Kak Lina kan peminat no syatu Exist, sedih lah macam ni.. ” – Netizen

Pihak Astro Umum Berita Mengejutkan, Elly Mazlein Undur Diri Dari All Stars Gegar Vaganza. Alahai Kenapa Ni Kak Lina. Tak Best Lah Kak Lina Takde. Nabil Pun Terkejut, Speechless !!

Menurut laporan Portal Astro Gempak, Elly Mazlein atau pun lebih dikenali sebagai Kak Lina Kepom telah pun mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada mengacara All Stars Gegar Vaganza. Hanya sempat bersiaran selama 3 minggu bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse, ini berita yang mengejutkan buat semua.

Malah Nabil juga tidak langsung mengetahui mengenai keputusan Kak Lina ini dan merasa sedih kerana Kak Lina antara gandingan serasinya. Turut dinyatakan Kak Lina mengambil tindakan ini kerana sebab peribadi, namun dinyatakan dengan terperinci.

Rata-rata peminat All Stars Gegar Vaganza meluahkan rasa sedih mereka kerana Kak Lina tidak lagi akan mengemudi rancangan ini. Tiada lagi keriuhan ged1k manja Kak Lina, usik mengusik Kak Lina terhadap peserta dan para juri.

Untuk rekod, musim lalu Kak Lina mula mengendalikan Gegar Vaganza bersama Nabil kerana ketika itu Jihan dalam proses berpantang selepas melahirkan. Ramai yang suka dan terhibur dengan gelagat Kak Lina di pentas kerana Kak Lina membuatkan GV menjadi ceria dan penuh dengan gelak ketawa.

Jom baca perkongsian di bawah :

View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Ini pula perkongsian Kak Lina di Instagram nya beberapa jam yang lalu dan hanya perkataan ‘ Maaf ‘ yang diungkapkan.

Perkongsian ini telah pun meraih banyak tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Alamak whyyy ?? Sedih lah. Kita semua terhibur sebab kak Lina jeee. You’ve always been so positive pun selama ni. Tak nak tengok dah laaa.. ” – Nur Fazura

” Kesiannya. KLPP jadi mangs4. Padahal Kak Lina lah menceriakan GV. Selalu ceria. Now GV back to being boring.. “

” Kaklina punya character walaupun active tapi sikit pun dia tak pernah perli orang a1bkan orang. Dia siap potong lagi kalau hos lain mula nak mengata a1b org lain.. “

” Satu sifat elly yg sy nmpk, dia bkn mudah mengalah, tp dia tenang², x nk sok sekkk. dan seorang yg positive.. mgkin dia rse, cukuplah 2 host tersohor.. “

” Laaaaa kak lina knp undur diri.. kak lina ade bru la happening gv tu.. klu x dia mcm lawak2 dulu kala je kak lina.. aduhh. bosan la mcm ni pom pom xde.. “

” Lagi kak Lina always give moral support to the artist bertanding.. patut lah minggu lepas lain macam je Kak Lina. Apa ni ?? Kami mahu kak lina.. kekalkan dia plss.. “

” Baru nk tgk moment2 kak lina dgn mamat, kak lina kan peminat no syatu exists… sedih ah mcm ni.. We want Kak Lina as GV10 host.. I watch GV because of her. She makes the show more exciting.. “

Pastinya minggu hadapan akan sedikit berbeza pentas GV tanpa insan bernama Kak Lina. Namun mungkin Kak Lina ada alasannya yang tersendiri dan diharapkan peminat setia GV akan terus menyokong Nabil dan Jihan. Yang pasti, tentu ramai yang akan merindui Kak Lina Kepom, alahai sedihnya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak, IG Elly Mazlein, Portal Gempak 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT