” Pandai ajak main, sampai kecik mata sengih ye Zaelynn.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Datuk Seri Eizlan, Zaelynn Rosa Yang Tersenyum Manis Buat Peminat Ger4m. Wah Belum 2 Bulan Dah ‘Peramah’ Baby ZR Ni. Makin Comel Bila Tersengih Macam Tu !!

Cahayamata pertama Datuk Seri Eizlan Yusof bersama isterinya, Datin Seri Natasha Rosa Boudville sudahpun hampir 2 bulan usianya. Digelar Baby ZR oleh Eizlan, bayi ini dinamakan sebagai Zaelynn Rosa. Tidak hanya mereka, malah anak-anak Eizlan yang lain juga gembira dengan kelahiran Zaelynn.

Ketika dikongsikan gambar Zaelynn baru-baru ini, ramai peminat yang mengatakan wajah Zaelynn mirip dengan kakak-kakaknya, Vie Zaara dan Vie Zaalia. Eizlan juga ada berkongsikan wajah Zaelynn ketika bekas isterinya, Vie Shantie Khan datang menjengok Zaelynn dan Natasha.

Meninjau akaun Instagram Sasha Boudville, telah dikongsikan satu video terbaru Zaelynn. Dengan kapsyen mengucapkan selamat pagi, Zaelynn nampak sedang seronok apabila ditegur mommynya ini. Alahai Zaelynn, makin temb4m pipinya tu dan sudah pandai hendak bermain ye sayang.

Semakin diagah Natasha, semakin lebar pula Zaelynn tersengih. Tangan dan badannya pun aktif betul bergerak ke kiri dan ke kanan. Zaelynn juga sudah pandai memandang ke arah kamera,  penghibur hati mommy sangat ni.

Jom tonton video di bawah : 

Gelagat Zaelynn dengan mimik mukanya yang gembira itu membuatkan ramai peminat yang ger4m. Antara komen-komen peminat :

” Hai baby ZR, comelnya dia. nak gig1t boleh tak Sha hehe. Alahai dah pandai main la Zaelynn ni, ger4m tengok sengih tu.. “

” Masya Allah, seriously baby Zaelynn comel sangat sangat, baby girl grow up so fast la. Allahuakbar makin cerdik.. “

” Pandai main dah, cerdik ni. so cute lah awak ni baby Zaelynn, ee ger4mnya tengok. Jangan besar cepat sangat sayang.. “

” Halah halah comelnya pandai senyum dah. baru sebulan lebih dah pandai ajak main eh Zaelynn. Sampai kecik mata mata sengih ye Zaelynn.. “

” Masya Allah, dah besar, comel pulak tu. Temb4mnya baby ZR ni, dob0t sangat. Muka macam Datuk Eizlan ni.. “

” Merah muka baby ZR ni. Can’t wait to see ur baby besar. Mesti lawa sbb ni pun nampak sangat comel. MasyaAllah, Semoga keluarga sentiasa dlm rahmat Allah.. “

” Morning baby ZR, wah pagi pagi dah ceria ye. Pandai sangat ajak orang main, tengok sengih tu cair kejap hehe.. “

Makin besar, makin comel baby Zaelynn ni. Bila pandai bercakap dan berjalan nanti tentu lagi kec0h dan meriah rumah jadinya. Apa pun, semoga baby Zaelynn membesar dengan penuh kasih sayang dan jadi anak yang solehah untuk kedua ibu bapa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sasha Boudville, IG Eizlan Yusof

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..