Connect with us

Artis / Selebriti

” Paling rare anak itik dia suruh diam. Yang tu sumpah berdekah gelak, haha.. ” – Netizen

Video Persembahan Amir The Chosen One Berduet Bersama Mawi World Buat Ramai Terhibur. Amboi Lain Macam Sungguh Amir Minggu Ni, Ligat Betul Amir Berjoget. Part Bercakap Dengan Itik Tu Lawak. Boleh Pulak Dia Suruh Itik Tu Diam, Haha !!

Minggu separuh akhir The Chosen One sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat rancangan realiti ini. Minggu ini, semua peserta ditugaskan untuk berduet dengan artis pilihan bagi tema Duet Bintang. Adik Amir antara yang ramai penyokongnya dan mendapat tepukan gemuruh.

Meninjau akaun Tiktok Kakcikk32, telah dikongsikan video persembahan Amir bersama Mawi World. Membawakan lagu Lemak Manis, ianya memang cukup sesuai dengan vokal dan lenggok Amir. Berbeza dengan minggu-minggu sudah, minggu ini Amir begitu ligat berjoget di atas pentas.

Komen warganet, Amir kelihatan agak cheeky pada minggu ini dan tidak pemalu seperti sebelum ini. Gandingan Amir dan Mawi memang mantap dan padu. Pendek kata, persembahan mereka membuatkan semua yang menontonnya rasa begitu terhibur.

Mawi juga begitu gembira dapat berduet dengan bintang kecil ini. Bak kata Alif Satar, aura bertemu aura, Amir World berpadu suara dengan Mawi World. Dua-dua ada suara yang mampu membuatkan penonton tidak berganjak dari depan kaca TV.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :

@kakcikk32

#adikamir #adikamirthechosenone #lemakmanisalaamboi #thechosenone #mawie

♬ original sound – KakCikk – KakCikk

Baru sahaja dikongsikan, perkongsian tersebut telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Rata-ratanya terhibur dengan persembahan Amir dan Mawi itu. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Amir ui.. penat acik senyum gelak tengok awak perform malam ni… cute sangat nak oii.. tak puas tengok adik Amir nyanyi tadi.,. Kelakar adik Amir ni, terbaik lah.. ”

” Suara sedap… lawakkk lak tu.. aduii adik amir semoga berjaya.. paling rare anak itik dia suruhh diam. haha yang tu sump4h berdekah gelak.. Amir Amir makin menjadi-jadi lucunya tu.. ”

” Amir mlm ni buat lawak ngekek sy ktwa.. yang last tu dia nak bwk lari bubu haha.. amir ni lawak la.. dia suruh ank itik tu diam haha.. ”

” Persembahan amir dan mawi memang the best, semoga amir menjadi juara.. amir mlm ni pandai melawak plk bnyk perubahan pd amir.. ”

” Bintang dr Belantara sgt merdu suara sampai makcik terkena air panas terpegun.. acik yg tgk ni ketawa & tersenyum dr awal spai habis amir nyanyi.. ”

” Steady la amir, menari dgn mawi nmpk cute jerr. Tak puas tengok Amir. Wah semakin berani dah pandai menari.. ”

” Yeyyy Amir dh pndai cur1 hti pemint dia dngn snyumnnya.. Time Dia shuuttt kan itik tu aku ingt dia suruh awie diam sbb awie tengah komen dia haha.. adoii lawak je dak amir nie.. ”

Ramai yang tidak puas tengok persembahan Amir malam ini. Gelak besar Dato’ Awie, Jihan dan Dato’ AC Mizal melihat Amir berjoget dan telatahnya menyuruh itik diam. Semoga Amir akan terus maju jaya dan menjadi bintang bersinar pada masa akan datang.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Kerek, tiktok Termoj Production, Tiktok kakcikk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT