Connect with us

Artis / Selebriti

” Dah tau dah siapa yang buat Amir terlebih gula malam tadi.. ” – Netizen

Video Dia Fadila Akhirnya Berjaya Buat Adik Amir Menari Ketika Sesi Latihan Untuk Persembahan Minggu Kelima The Chosen One Raih Perhatian Ramai. Patutlah Amir Pandai Menari, Ada Yang Mengajar Rupanya. Part Akhir Video Tu Dah Macam Break Dance Pula, Kelakarlah Amir !!

Semalam telah pun tamat untuk persembahan adik Amir pada minggu yang kelima di The Chosen One, adik Amir menyanyikan lagu Lemak Manis bersama Mawi. Persembahan adik Amir ini telah membuatkan adik Amir berjaya ke peringkat akhir pada minggu hadapan.

Meninjau ke satu akaun TikT0k, satu video ketika sesi latihan adik Amir bersama guru vokal, Dia Fadila telah dikongsikan. Dia Fadila turut mengajar adik Amir untuk menyanyi sambil menari. Ketika sesi latihan tersebut, dapat dilihat adik Amir cuba mengikut gaya tari Dia Fadila.

Nampak kesungguhan adik Amir mencuba untuk menari walaupun nampak malu-malu. Ketika sesi latihan di pentas pula, adik Amir akhirnya menunjukkan bakat menarinya apabila Putera Muhammad begitu bersungguh-sungguh memberi semangat buat adik Amir.

Apa yang membuatkan ramai terhibur ialah gaya tarian adik Amir seperti tarian break dance pula. Sudah macam ‘terlebih gula’ dah adik Amir ni. Perkongsian video ini telah menerima hampir 2 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu sebentar jika video lambat keluar.. )

@totpreston

Berjaya @Dia Fadila buat Amir dance #VocalCoach #DiaFadila #amirsisi #amirthechosenone #thechosenone #astroceria #evolusibintangbaharu

♬ original sound – Tot Preston – Tot Preston

Di ruangan komen, ramai yang memuji coach-coach yang mengajar Amir menyanyi dan juga menari. Antara komen-komen yang diberikan :

” Ok2.. Dah tau dah sape yg buat amir terlebih gula mlm tadi.. Alhamdulillah tahniah adik amir atas usaha dengan izin Allah dapat ke final.. “

” Ntah berapa kali ulang tengok ni….Unuk ko memang hebat la.. tak bosan tengok.. Coach Fadila jenuh kerah.. ke final ye amir.. tahniah.. “

” Alhamdulilah. Terbaik persembahan Amir malam ini. Terima kasih atas usaha semua yg terlibat.. tahniah ..adik Amir.. acik happy sngt mlm ni.. tengok adik Amir menyanyi.. “

” Bagus dapat teacher yg ikhlas utk tunjuk ajar. Coach yg bersungguh utk dia berjaya, guru2 serta ustaz yg sentiasa ada bersama Amir dalam susah senang.. “

” Hahah  Aku suka btul tgk dak amir ni kelkar. ptt lain macam . ad org ajar hahah lawak amir.. lpas nie kne bljar menari n nyanyi laa dia.. “

” Suka tengok adik Amir dan Putera Mohamad… mesranya dengan adik Amir.. kenapa tiap kali tgok fyp adik Amir … pasti ngis dlm ketawa… Aura apa yg ko ada dik.. “

” Risau jugak tgok Amir joget semalam. takut dia lupa nak nyanyi balik terbaik.. kamu brake dancekan lagu ni yer amir.. “

Tahniah diucapkan kepada coach-coach yang telah mengajar adik Amir sehingga adik Amir berjaya ke peringkat akhir. Semoga adik Amir dapat melakukan persembahan yang terbaik di pentas akhir nanti. Wah, pastinya ramai tidak sabar kan.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Tot Preston

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT