” Pakai tudung kelepet pun cantik, haih.. ” – Netizen

Video Fasha Sandha Ketika Menunaikan Umrah Di Tanah Suci Raih Perhatian Ramai. Cantiknya Fasha, Nampak Macam Wanita Arab Bila Berpurdah. Tudung Senget Pun Tetap Lawa !!

Umum mengetahui yang pelakon Fasha Sandha dan suaminya, Aidil Aziz kini sedang menunaikan umrah. Meninjau ke akaun Instagram, Aidil ada berkongsi video terbaru mereka ketika berada di tanah suci.

Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Fasha yang lengkap memakai jubah dan berpurdah sambil memegang sebotol air mineral. Daripada penampilan Fasha yang hanya menampakkan dua pasang matanya, Fasha kelihatan persis seperti wanita Arab.

Malah kapsyen yang ditulis oleh Aidil juga cukup mencuit hati. Aidil memuji penampilan isterinya itu dengan sepasang matanya yang cantik. Aidil sempat lagi bergurau dengan menyatakan ingin meminang Fasha dengan jumlah berapa riyal.

Walaupun tudung Fasha tidak ‘ on point ‘ , Fasha tetap nampak cantik. Agak-agaknya kalau wanita lain mesti hilang mood seharian apabila tudung tidak menjadi kan, hehe. Sempoi betul Fasha dengan tudung kelepet begitu.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang memuji penampilan Fasha dan berharap Fasha akan terus bertudung. Antara komen-komen yang diberikan :

” Mashaallah Tabarakallah Cantiknya mata fashasandha. Redup jer… Teduhan dambaan syurga.. cantik betul.. “

” MashaaAllah cantik sgt Isteri awak dik.. alhamdulilah isteri solehah.. cantiknya ibu.. Moga mndpt umrah mabrur.. “

” Ya Allah cantiknya fasha.. bawak balik ikat tepi perempuan arab tu.. Kna jaga baik2 perempuan arab nie. cantikk.. “

” Mashaallah cantiknya anak arab ni.. Pakai tudung kelepet pon cantik .. haihhs.. kalau aku dah rupa apa dah.. “

” Subhanallah cantik nya bidadari awak. Jaga hatinya selalu semoga kecantikkan terserlah sampai bila-bila.. “

” Cantiknya fasha walau berniqab. Semoga dikurniai umrah mabrurah. Rindunya nak p sane lagi… Doakan kita p haji pulak.. “

” Cantik betul Fasha bertudung. Semoga terus bertudung apabila balik umrah nanti. Semoga dipermudahkan urusan di sana.. “

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan Fasha Sandha dan Aidil AzizĀ  dipermudahkan sepanjang menunaikan umrah dan mendapat umrah yang mabrur. Semoga semuanya selamat sehingga kembali ke Malaysia.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha, Aidil Aziz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..