Connect with us

Artis / Selebriti

” Orang kata kalau muka seiras itu jodoh dik.. ” – Netizen

Sherry Alhadad Kongsi Gambar Dirinya Sama Seperti Wajah Pengarah Terkenal, Mamat Khalid. Kelakar Sungguh Sherry, Sebiji Sama Muka Dengan Mamat, Siap Ada Misai Dan Janggut Lagi !!

Sherry Alhadad merupakan antara pelawak serta pelakon komedi yang cukup menyerlah. Selain berlakon, Sherry juga turut dikurniakan bakat mengacara. Sherry sering dijemput untuk mengacarakan pelbagai rancangan hiburan. Sherry terkenal dengan perwatakan yang lucu dan sentiasa ceria.

Meninjau ke laman Instagram milik Sherry telah dikongsikan sekeping gambar sebelah menyebelah antara Sherry dan pengarah terkenal, Mamat Khalid. Sherry memakai topi berwarna coklat muda, melukis misai dan janggut di wajahnya. Wajah Sherry kelihatan seperti seorang lelaki.

Sherry turut tersenyum s1nis sama seperti gambar Mamat. Jika dilihat sekali imbas, memang wajah Sherry amat mirip dengan wajah Mamat. Perkongsian tersebut mencuit hati pengikut di laman Instagramnya. Rata-rata peminatnya mengakui bahawa wajah Sherry dan Mamat seiras dan seperti adik beradik.

Menerusi kapsyen Sherry pada posting tersebut, Sherry mengucapkan selamat pagi kepada peminatnya dan bertanya samada mereka sudah bersarapan ke belum dan mengatakan dirinya sudah bersarapan. Sherry turut mengatakan bahawa gambar tersebut merupakan gambarnya bersama dengan abang. Abang yang dimaksudkan Sherry merujuk kepada Mamat.

Jom baca perkongsian di bawah :

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminatnya terhibur dengan perkongsian daripada Sherry itu. Ada juga yang berselor0h mengatakan bahawa itu tandanya ada jodoh kerana wajah mereka yang sama. Antara komen-komen yang dit1nggalkan:

” Hahahaha.. Sama.. Omaiiigaaaddd.. So same like twin.. Terus letak gelas tengok pic ni.. Uuu.. Semangat.. Tanjat.. Serius klako.. ”Β 

” You are so handsome.. Tersama pulak… Mur0ng sy harini.. Abang2 breakfast apa tu ?.. Betol betol buat hal betol la akk ni.. “

” Morning kakak.. Tak breakfast lagi.. Hehe tunggu abang abang abang maarof bekpes sekali.. Unvailable.. Sherry tetap comel.. “

” Sherry_alhadad untung la.. Ada kembaq.. Adui.. Tak mngecewakn.. Mcm mcm hal la.. Tersembuqq ayaq kopi cheq pagi ni.. Sherry_alhadad.. “

” Sebijik dowh.. Abang abang tak pandai sangat nak komen tapi tapi abang terhibur.. Org kata kalau muka sama tu jodoh sis… Hehehe.. “

” Org kata klu muka seiras tu jodoh dik.. Hampir sama.. Ada kaitan persaudaraan rupa nya.. Β Kelakar la kak sherry.. Macho la kak mcm tu.. “

” Biasanya kalau muka sama.. itu adalah jodoh.. Konfius mana 1 abg mamat khalid.. Nampak sama tapi bukan dia.. Cute sangat.. “

Memang kelakarlah Sherry ini sesuai dengan karakternya yang bersahaja dan lucu. Kalau dah namanya seorang pelawak, pastinya ada sahaja bahan untuk dijadikan lawak. Semoga Sherry akan terus menghiburkan peminatnya dan berjaya dalam semua bidang yang diceburinya olehnya.

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT