Artis / Selebriti
” Ni next level, ku ukir namamu di deretan ais.. ” – Netizen

Video Jep Sepahtu Cuba Bersikap Romantik Terhadap Isterinya, Sari Yanti Raih Perhatian Ramai. Aww Sweet Juga Ye Jep Ni. Jarang-Jarang Jep Nak Romantik Macam Ni Kat Media Sosial. Dalam Berlawak Pun Sempat Lagi Romantik !!
Meninjau ke akaun Instagram Jep Sepahtu, perkongsian sebuah video yang memaparkan gelagat Jep cuba untuk bersikap romantik terhadap isterinya iaitu Sari Yanti telah meraih perhatian ramai. Jep kini berada di Jepun untuk Super Lawak FC.
Jep telah mengukir perkataan ‘ Sari I Love U’ pada dinding salji yang menebal. Jarang sekali Jep berkongsi ungkapan ini di ruangan media sosialnya khas buat isteri tercinta. Sesekali bersikap romantik apa salahnya kan. Nampak sweet sangat Jep ini.
Ada yang bergurau Jep berbuat demikian kerana tidak membawa isteri bersama ke Jepun. Bak kata mereka seolah-olah mengambil hati Sari Yanti yang berada di Malaysia, hehe. Tetapi mengukir nama di salji ni bukan biasa-biasa tau, hehe.
Perkongsian ini telah menerima lebih 38 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik dalam tempoh beberapa jam sahaja. Bukan mudah untuk menulis dengan jari pada salji dengan keadaan cuaca yang sangat sejuk. Boleh kebas jari dibuatnya.
Jom tonton video di bawah :
Pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila menonton video yang Jep kongsikan. Antara komen-komen yang diberikan :
” Ni bukan ku ukir namamu di awan gurung jerai dah, ni next level ku ukir namamu di deretan ais.. Siap padam tu yang mahal.. “
” Boleh kutip ice kat bawah tu buat abc. Pujuk sbb xbawak bini ke jep, untung makcik.. makcik lawa pak.. “
” Modai tnggai bini ler tu jep. sekali sekala tu lah yg terpaling sweet.. Lagu dia… Ost sad love story.. crita sodeh.. sbb pmpn tu buta..”
” Dah romantik tapi lagu tu,sedih sgtt.. Yang sebenar nya bang kau memang mat taman bang jepsepahtu bini always right.. “
” Kau sbnar nya rindu bini kau kan jep. Sbb tu kau buat cm tu. Hahahahhaha.. boleh bengkok tak telunjuk tu.takot kebass seminggu tak ley turun.. “
” Ko jangan beralih bang! Ko tulis nama laki aq sekali.. Walaupun dia tak heran tapi aq tak kira. Ko jgn sweet sorang2.. “
” Ku ukir nama mu di salju nk sejuk.. Nape pakai lagu nih.sedih weh drama niii.. 1 of my fav drama.. Last skali tulis U je.. sbb jari dh kebas, kn.. “
Sesekali bersikap romantik apa salahnya kan. Dapat mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri. Semoga jodoh Jep Sepahtu dan Sari Yanti berkekalan sehingga ke jannah dan sentiasa berbahagia selalu bersama anak-anak tersayang. Amin ..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Jep Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Berat nanang mu Zan, macam tu je panggil. Haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti2 weeks ago
” Aku 0bses betul, dia speaking sedap dengar. Accent dia, cair weh.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Part ni tengok banyak kali pun still berdekah. Berani betul kenakan Ajai, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Contoh seorang wanita yang hebat, ibu yang hebat dan anak-anak yang hebat.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 weeks ago
” Ad0i kelakar jugak Watie ni. Aku ulang-ulang tengok, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Zaman abah, gantung CD dekat leher. Zaman anak, gantung segulung ijazah.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti2 weeks ago
” Kita yang baca pun berjurai air mata, ini kan pula Uchee yang menanggung.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” C0py paste Amy Search laa, handsome boy sangat ni.. ” – Netizen