Artis / Selebriti
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen

Amira Othman kongsi video behind the scenes babak menari dalam music video Bila Nak Kahwin raih perhatian warganet. Alahai comel je Amira mengata diri sendiri menari kayu. Sopan je Amira menari macam tu..
Music video single terbaru Amira Othman berjudul Bila Nak Kahwin mendapat sambutan hangat daripada warganet. Lagunya agak menarik dan ditambah pula penampilan khas Fattah Amin membuatkan lagu ini menjadi salah satu sebab untuk warganet menonton MV itu berulang kali.
Meninjau entry di akaun Tiktok Amira Othman Official, telah dikongsikan satu video behind the scenes salah satu babak dalam MV tersebut. Bukan hanya menyanyi tetapi Amira juga turut menari bersama penari-penari lain. Suasana pada ketika itu adalah di dewan majlis perkahwinan.
Kata Amira, tariannya ini agak ‘kayu’ dan berharap warganet tidak marah. Amira mengakui dirinya tidak berbakat dalam seni tarian. Gaya Amira menari itu dipuji oleh warganet kerana Amira tetap kelihatan sopan santun. Bak komen warganet, ini bukanlah menari kayu tetapi lebih kepada sopan.
Untuk makluman, MV ini sehingga hari ini telah pun meraih lebih 400 ribu tontonan sejak ianya dimuatnaik 3 hari yang lalu. Lirik lagunya dan mesej yang hendak disampaikan mudah difahami. Situasi yang selalu dihadapi oleh geng single apabila ada yang bertanya ‘bila nak kahwin’ .
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@amiraothmanofficial BTS kaklong menari kayu. Jangan marah k. Kita memg tkde bakat menari 🤣🤭 Jemput tengok MV and dengar bila nak kahwin k. Korg trylah step ni pastu tag kaklong k sbb I nak repost🤭
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Itu bukan kayu eh itu sopan.. kak long carik duit masih menjaga maruah.. saya suka.. Suka tengok circle Amira Othman ni kawan pon dgn Wany Hasrita,Nabila Razali. Harap dipertemukan jodoh yang terbaik.. “
” Biar macam kayu tak ape dari terkinja-kinja.. btl nk jd penghibur xperlu nk melompat bagai.. bakat suara tu dh cukup bt org terhibur.. “
” Amira ni kan dia nampak mahal because of her attitude and personality. I adore you sister. Beautiful inside out.. “
” Bila perform ,menari la mcm ni Kak Long. cute mcm kpop dulu2. Nobody nobody but u. suka tgk perubahan muzik dan style Amira skrg. berani tp tetap sopan.. “
” Ni menari sopan namanya bukan kayu.. ok la tu sesuai dengan amira yang lemah lembut orangnya.. “
” Menari kayu pun cantik masalahnya.. cantik gila.. sopan je Amirah Othman walaupn tgh menari mcm Dato’ Siti Nurhaliza.. “
” Kak long menari slow pon mata kami tertumpu pd kaklong je.. ayu lembut sopan lawa.. Cantik dan sopan.. mewah dan exclusive.. “
Sejuk mata memandang cara Amira menari, tetap menjaga kesopanannya sesuai dengan imej Amira. Semoga Amira terus success dalam kerjayanya dan bertemu jodoh yang sesuai dan boleh membimbing Amira. Yang belum menonton MV Amira, boleh ke Youtube channel Amira Othman.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Amira Othman Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti3 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Unexpected menu dia buat, sekali aku pun berdekah, haha.. ” – Komen Netizen