Artis / Selebriti
” Ni baru betul dapat enjoy Aina punya suara. Tak jerit-jerit sangat, just nice dan tak berlebih-lebihan.. ” – Komen Netizen
Video Aina Abdul menyanyikan lagu idolanya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza berjudul Bukan Cinta Biasa buat ramai kagum. Wah bestnya Aina menyanyi lagu ni, jauh berbeza dengan cara Aina menyanyi sebelum ni. Goosebumps lah dengar..
Aina Abdul antara penyanyi wanita yang semakin menyinar dalam industri masa kini. Beberapa kali dinobatkan sebagai vokal terbaik Anugerah Juara Lagu, kekuatan vokal Aina seringkali mendapat pujian ramai. Aina boleh membawakan lagu bernada tinggi dengan baik.
Meninjau akaun Tiktok Alip, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Aina membuat satu persembahan khas di sebuah majlis. Pada ruangan kapsyen posting ini ada dinyatakan lagu ini adalah permintaan dari tuan rumah dan Aina menuruti sahaja permintaan tersebut.
Menerusi video ini, alunan suara Aina membawakan lagu dendangan asal biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza berjudul Bukan Cinta Biasa yang juga merupakan idolanya mengagumkan ramai orang. Aina mengalunkan lagu ini dengan caranya yang tersendiri dan tidak meniru lenggok penyanyi asal.
Jika sebelum ini ramai yang mengkritik suara Aina yang dikatakan seakan-akan menjerit ketika menyanyi high note, tetapi untuk lagu ini vokal Aina ternyata berbeza dan ianya mengubah persepsi segelintir netizen itu. Sedap sungguh lagu ini dinyanyikan dalam versi Aina sendiri.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@daxvilo Aina Abdul menyampaikan sebuah lagu istimewa Bukan Cinta Biasa yang dipopularkan oleh Biduanita Negara DS Siti Nurhaliza. Lagu ini adalah permintaan dari tuan rumah. Jangan lupa repost ye! #ainaabdul #bukancintabiasa #rizmanruzaini
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dengar btul2 tone suara aina abdul… masyallah merdu sgt. X leh nafi kan andai one day she bole jd pyanyyi no 1 negara mcm dct.. “
” Bagi aku lah kan.. cuma suara Aina lah yg dpt bawakan lagu tokti.. suara aina mcm ada heavy tone yg buatkan dia nyanyi je apa pon lagu tokti sedap je dengar.. “
” Sedapnya naaa oo ainaa.. improve sgt suara aina.. kami fans ct merangkap fans aina juga.. approve.. “
” Ni baru betul dapat enjoy Aina punya suara.. tak perlu terpekik terlolong.. macam ni baru layan.. “
” Sya jrng ikuti lgu2 Aina Abdul,tpi bila dia nyanyi lgi ni terus sya melekat dngar spai hbis dn terus dlm hati ckp wow.. “
” Sy tak minat aina.. tapi jujur yang ni aina nyanyi bestβ¦ relax ja dgr.. sangat merdu after fully dengar . excellent.. “
” Aina should sing more of this kinda songs. Dapat menikmati kelunakan/lenggok suaranya/more relax/can see she’s enjoying it singing to the audience. I like her simple dress. Looks sweet.. “
” Aku suka aina nyanyi soothing camni tak jerit2 sgt.. just nice, tak berlebih-lebihan. merdu sangat wahai cik aina.. suka dengar versi Aina ni, layan.. “
Ramai yang menyukai cara Aina membawakan lagu DS Siti. Tidak ada menjerit-jeti dan Aina juga kelihatan begitu enjoy serta santai sahaja menyanyi. Mungkin untuk single akan datang, Aina boleh keluar dengan lagu yang rentak sebegini. Apa-apa pun, semoga Aina terus maju jaya dan berjaya meraih semua impiannya.
Silakan SHARE..
Sumber :Β Tiktok daxvilo
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dengar suara Sallman jadi sedih pula. Suara SS dalam diri Sallman.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Budak-budak ni berlakon, kita pula blushing tengok, haha.. ” – Komen Netizen