Artis / Selebriti
” Nervous dan takut tu ada, tapi.. ” – Thalita
Video temubual Thalita selepas sidang media Konsert by Ajai and Mega Friends. Matang sungguh jawapan Thalita. Cara dan gaya Thalita bercakap dan menjawab soalan wartawan saling tak tumpah seperti arwah ibunya..
Siapa sangka, bermula membuat persembahan pertamanya di Bukit Bintang bersaksikan orang ramai, anak perempuan pelawak Shuib Sepahtu, Thalita bakal membuat persembahan keduanya di Konsert by Ajai and Mega Friends di Singapura pada 10 Mei nanti.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik officialhlive, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan sidang media Konsert by Ajai and Mega Friends yang mana Ajai memperkenalkan barisan penyanyi-penyanyi yang akan membuat persembahan di konsert tersebut.
Selain itu, turut dikongsikan juga video temubual bersama Thalita selepas sidang media. Menerusi video itu, kedengaran wartawan mengajukan soalan kepada Thalita mengenai penampilan Thalita. Kongsi Thalita, imej rambut dandannya itu adalah seperti gaya rambut arwah ibunya dahulu dan Thalita berkata, rambut seperti itu sangat disukai oleh daddynya, Shuib.

Manakala outfit dan makeup, kata Thalita semuanya dilakukan oleh mumnynya iaitu, Watie. Selain itu, Shuib juga berkata, dia dan isterinya akan memastikan fesyen yang digayakan oleh Thalita sesuai dengan usianya dan tidak terlalu keterlaluan sehingga menampakkan Thalita lebih berusia daripada usia sebenarnya.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Wartawan juga bertanyakan mengenai perasaan Thalita untuk melakukan persembahan di konsert nanti. Akui Thalita, perasaan gementar dan takut memang ada, namun dirinya begitu teruja untuk bernyanyi di pentas besar. Sehingga kini, video temubual Thalita bersama wartawan telah menerima ratusan tanda suka setakat artikel ini ditulis.

Nampak matang betul Thalita menjawab soalan daripada wartawan. Jika dilihat gayanya saling tak tumpah seperti arwah Siti Sarah. Apa-apa pun, good luck Thalita, semoga Thalita akan membuat persembahan yang terbaik untuk Konsert by Ajai and Mega Friends nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG officialhlive, shuibsepahtu, iamwatie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masya Allah, cantiknya Kak Pila. Tergugat anak dara ni, hampir tak cam tadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hari ini mummy tidak kehilangan seorang anak, tetapi mummy.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Handsomenya hubby Kak Fila ni. Manis je muka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ada perkara yang kita tidak boleh jangka kan, jadi saya.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jangan cuba-cuba nak berhenti sekarang. Kalau berhenti, saya report polis, haha.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley

