Artis / Selebriti
” Nasib ada kakak, at least terubat rindu Sky pada arwah ibunya.. ” – Komen Netizen

Video terbaru anak Ridzokumura, Sky bersama sepupunya, Zarina Zainuddin buat ramai tersentuh. Nampak kembali senyuman Sky di wajahnya. Rapat sungguh Sky dengan Zarina..
Meninjau ke akaun Instagram Ridzokumura, posting terbaru yang dikongsikan telah meraih perhatian ramai. Ridz telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan Sky bersama sepupunya, Zarina Zainuddin membuka coklat yang diterima oleh Sky.
Ridz membawa Sky ke rumah Zarina selepas berbuka puasa dan meluangkan masa di sana. Menurut Ridz, Sky kadangkala nampak kuat, namun kadangkala tetap menangis. Apabila emosinya sedih, Ridz akan memeluk Sky dan begitu juga sebaliknya jika emosi Ridz pula terganggu.
Sejak pemergian isteri tercinta iaitu Akiko Okumura, Ridz banyak membawa Sky meluangkan masa di rumah Zarina agar Sky tidak berasa kesunyian. Dengan adanya Zarina ia sekurang-kurangnya dapat mengubati rasa rindu Sky terhadap arwah ibunya.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sikap Zarina yang melayan dan mengambil hati Sky sangat dipuji walaupun mereka berpangkat sepupu. Sky juga nampak semakin ceria.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Senyuman sky penghibur hati mak2 pelusuk bumi.. hari2 tggu story n posting sbb nk tgk keadaan sky n abg ridz.. semoga masa menyembuhkan segala pedih dihati.. Aamiin Ya Mujib .. “
” SekurangΒ² di rumah kakak sepupu nya ada tmpt utk dia nk release jap perasaan dia… syukur Sky mahu juga keluar ambil mood bertenang… “
” Alhamdulillah ada rumah anak sedara zarinazainuddin_ buat rizo dan sky. InsyaAllah hanya masa yang akan menyembuhkan.. “
” Percaya lahh semua ini akan dilalui ngn baik..kmi followers sedia memberi semangat utk Ridz & Sky.. Tgk sky senyum, lega rasanya.. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan.. “
” Setiap kali tgk video sky ni kan, mmg x sah air mata x mengalir…semoga Allah permudahkan segala urusan Sky dan Ayah nya.. “
” Nasib ada kakak.. At least terubat rindu Sky pada Arwah ibunya.. Semoga tabah & kuat buat Abg Ridz & anak. Mcm nak peluk cium Sky lah .. terlalu mirip anak saya .. “
” Masa akan mengubati kesedihan abg&sky tanpa mengikis sedikit pon rasa rindu kpd arwah jaga kesihatan abg& sky.. “
Sky nampak kembali ceria selepas beberapa hari emosinya terganggu sejak ibunya pergi buat selama-lamanya. Semoga Sky Taizo terus ceria dan tabah dengan ujian yang dilaluinya dalam kehidupan ini. Hanya masa yang mampu mengubati hati Sky yang merindukan ibunya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Deep sangat sampai ke dalam jiwa. Kak Long anak yang sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago
” Best suara dia, menusuk kalbu. Terbayang arwah SS weh, sumpah aku nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen