Artis / Selebriti
” Nampak je gila-gila, tapi pemikiran dia jauh bijak dan matang.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Aliff Syukri berkongsi mengenai impian dirinya dan anak-anaknya buat ramai yang kagum. Jauh betul pemikiran Dato’ Aliff, moga apa yang dirancangkan akan menjadi kenyataan..
Meninjau di akaun Instgram milik radio Hot FM, telah dikongsikan video yang memaparkan usahawan terkenal yang juga merupakan seorang jutawan, Dato’ Aliff Syukri menjadi tetamu jemputan di slot segmen petang bersama Hot Squad iaitu Fizi Ali dan Aisha.
Menerusi perkongsian video pertama, Dato’ Aliff berkata ingin menjadi penyampai radio di stesen Radio Hot FM dan dirinya cuba bercakap sebagai seorang penyampai radio. Manakala video kedua pula memaparkan Dato’ Aliff berkongsi mengenai impiannya.
Dato’ Aliff berkata beliau mahu menghabiskan masa tuanya nanti di dusun duriannya yang sedang diusahakan sekarang. Akui Dato’ Aliff, di usianya yang sudah hampir ke 40-an, beliau tidak lagi mahu mengejar dunia glamour yang dikejarnya sebelum ini.

Akui Dato’ Aliff, apa yang dilakukan oleh dirinya sekarang adalah semata-mata untuk perniagaannya sahaja. Bukan itu sahaja, dalam masa yang sama, Dato’ Aliff juga berkongsi harapannya terhadap semua anak-anaknya. Hingga kini, perkongsian video Dato’ Aliff tersebut telah menerima ribuan tanda suka setakat artikel ini di tulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian diberikan oleh warganet kepada Dato’ Aliff. Antara komen-komen menarik adalah :
” Nampak je gila-gila, tapi pemikiran dia jauh bijak dan matang.. Suka tau dengar papa cakap berkenaan anak2 dia. Bg semua yg terbaik untuk anak2.. “
” Alhamdulliah, terbaik lah Dato’… Sy jadikan papa role model sy. Nk bg semua yg terbaik utk anak2 sy inshaAllah aminn.. “
” Daripada org benci, sekarang orang makin syg dgn Dato.. Alhamdulillah sesungguhnya hati itu milik Allah.. “
” Ye Dato, kita ni 40an lebih.. Lagi 4 tahun nak 50an. Anak2 pon dah besar. Betul… Rasa malu kalau buat benda tak elok.. Sebab anak akan kena tempias.. “
” Kita orang tak kisah tok nak jual apa sekai pun, tak kisah.. Just jangan nyanyi jee.. Merayu ni tau tok, hehehehe.. “
” Patut lah dia berjaya, marketing dia memang power beb.. Hahahaa… Dulu aku meluat ngan dia.. Ehh lama2 tersuka la plak.. “
” Papa laris ni buat saya nam nangis pula susun kata² begitu. Alhamdulillah semoga tercapai semua impian papa laris tu .. “
Nampak matang sungguh Dato’ Aliff berfikir. Sebagai seorang bapa, semestinya Dato’ Aliff mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Apa-apa pun, semoga segala apa yang diimpikan oleh Dato’ Aliff tersebut akan tercapai suatu hari nanti dan bahagia bersama keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG hotfm976
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

