Artis / Selebriti
” Nak terkencing aku ketawa, sampai tak keluar suara dah ni haha.. ” – Netizen
Video Dato’ Red Kongsi Alat Yang Digunakan Untuk Elakkan Handphone Panas Ketika Live Buat Warganet Terhibur. Weh Random Betul Lah Dato’ Red Ni. Tak Ada Orang Terfikir Cara Ni. Tolonglah Dato’ Red Jangan Lawak Sangat. Penat Gelak, Haha !!
Hari demi hari, semakin ramai followers Dato’ Red yang mengikutinya di aplikasi Tiktok. Malah nama Dato’ Red tersenarai antara Tiktoker yang popular. Baru seminggu lebih sahaja Dato’ Red menjebakkan diri dalam Tiktok, sudah ramai pengikut setianya.
Meninjau akaun Tiktok Datored5, telah dikongsikan video yang memaparkan gelagat Dato’ Red berceloteh dengan follower ketika sedang membuat live. Kata Dato’ Red, dia sudah membeli satu alat untuk mengelakkan handphonenya panas kerana live terlalu lama.
Disangkakan warganet Dato’ Red akan menggunakan kipas mini untuk tujuan itu tetapi sangkaan semua meleset. Rupa-rupanya Dato’ Red membeli produk Coolfever yang digunakan untuk kanak-kanak demam untuk dilekatkan di belakang handphonenya itu.

Alahai Dato’ Red, tak sangka handphone pun boleh demam juga. Tak ada orang terfikir lagi untuk tampal coolfever pada handphone macam inu. Warganet yang menonton live ini terhibur ketika melihat Dato’ Red menunjukkan pelekat itu. Lain macam betul pemikiran Dato’ Red ini, panjang akalnya.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@datored5 Ubat untuk henpon panas #datored
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aku Beria tunggu.. last-last cool fever dia keluar kan haha.. Aduh sakit perut, awal-awal live lagi dah mengekek aku ketawa. lawak tokred ni.. ”
” Sold out la cool fever lepas ni haha.. tak sangka weh cool fever… buleh tahan lawak la tok red, masuk maharajalawak la pasni.. ”
” Confirm laku coolfever tu, dato red terbaik lah.. otak ligat ni macam otak kancil haha.. macam-macam betul dato’ haha.. ”
” Aku pulak yang panas tengok dia melawak haha.. Adoi pandai buat lawak dato red ni.. jenis masuk air sangat dato red ni.. ku sangkakan masuk air sikit tapi bukan ye kawan-kawan.. ”
” Ak igt dia nk tunjuk kipas kecik tu..skali coolfever daaa haha.. nak terkencing aku ketawa, sampai tak kuar suara dh ni haha.. ”
” Tak terfikir idea ni, handphone pun boleh demam haha. Nak berbuka puasa terpaksa menangis dulu. ketawa kuar air mata weh haha.. ”
” Tq lah dato bagi tips haha.. lepas ni sy pun nak pakai cool fever utk hp lah.. tiada lagi masalah handphone panas haha.. ”
Macam mana lah Dato’ Red boleh terfikir untuk menggunakan coolfever sebagai penyejuk handphone. Lawak sungguh Dato’ Red ini, memang menggeletek hati warganet. Nampaknya bakal kehabisan stok lah Coolfever di semua kedai kerana tips oleh Dato’ Red ini, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Datored5
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ada perkara yang kita tidak boleh jangka kan, jadi saya.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Comelnya, macam kartun Shin Chan. Geram, macam Jepun look Akira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Semuanya dia tahu, pandainya dia. Tengok pumpkin terus sebut halloween, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah tengok Yusry pegang perempuan. Bila tengok dia pegang bini dia, aku rasa macam sangat rare ye.. ” – Komen Netizen



