Artis / Selebriti
” Nak duit punya pasal boleh dia spray tudung Mommy dia cam tu je, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak sulung Anzalna Nasir, Eidress membantu Anzalna menjual barang ketika live buat ramai terhibur. Adoi Eidress, macam tu je dia spray tudung mummy dia. Kata-kata Eidress pun lawak. Mak dan anak, sama-sama masuk air, kelakar..
Sekali pun Anzalna Nasir tidak seaktif dulu dalam dunia lakonan, namun selebriti yang berwajah jelita ini masih diikuti oleh ramai pengikutnya. Anzalna kini aktif menjual produk penjagaan rambutnya yang dikenali dengan nama AnZel Hair dan selalu bersiaran di platform Tiktok.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Bazaar_madu3, telah dikongsikan satu sedutan live Anzalna bersama anak sulungnya, Eidress. Tidak hanya Anzalna, Eidress juga turut membantu mummynya ini mempromosikan barangan penjagaan rambut itu.
Eidress seorang anak yang bijak dan pandai berkata-kata. Tidak hanya menemani Anzalna, Eidress turut membuat tutorial mengenai cara penggunaan produk Anzalna itu. Tindakan spontan Eidress menyembur cecair rambut ke atas tudung Alzalna mengundang ketawa ramai.

Lebih membuatkan suasana menjadi lucu apabila Eidress membuat jenaka mengatakan kesan semburannya seperti tahi burung. Semakin berdekah Anzalna ketawa dengan jenaka spontan Eidress itu. Bak komen warganet, anak dan mak sama-sama masuk air dan lucu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Lepas tu kotor terus tudung.. masuk air betul mak dengan anak, sumpah kelakar. banyak melawak dari meniaga ni haha.. “
” Aku suka la cara dia borak ngn ank dia hahaha, pastu mudah terhibur laktuh, gelak je apabnda ank dia buat haha.. “
” Tak masalahnya anak dia pun masuk air weh. lawak la.. boleh pulak burung berak atas tudung mummy dia haha.. “
” Anak beranak memang jenis happy go lucky.. meriah je live.. pandai eidress buat tutorial. siap melawak lagi.. spray “kotor terus tudung”, penatt gelak akuuu.. “
” Pandai Eidress promote produk mommy. Mesti beri komisyen. lawak gila weh.. spontan, i want to be kind of this mom.. mudah terhibur.. “
” Cute lah anak Anzalna ni, smart sangat. Lagi 10 tahun eidress yg akan take over Live mummy dia.. ank dia pun pandai buat lawak memgla best.. sama naik mak dgn ank pun.. “
” Anak beranak masuk air, aduhai kelakar.. menjadi betul 2 beranak ni. spontan terus anak dia.. tanpa ragu dia terus spray dekat tudung. real spontan.. geram la aku 2 orang ni, sakit perut gelak.. “
Spontan sungguh ayat Eidress sampai tergelak besar Anzalna dengan kata-kata hero sulungnya itu. Pandai Eidress mempromosikan produk mummy, confirm banyak commission Eidress kali ini. Next time tentu semakin ramai yang mengikuti live Anzalna kerana ingin melihat telatah Eidress yang kelakar itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bazaar_madu3
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

