” My birthday celebration arranged by my beloved MIL.. ” – Puteri Sarah Liyana

Muatnaik Gambar Sambutan Hari Lahir Bersama Ibu Mertua, Perkongsian Puteri Sarah Liyana Raih Perhatian Ramai. Beruntung Sungguh Sarah Dapat Mak Mertua Yang Baik !!

Hubungan ibu mertua dan menantu merupakan salah satu asas yang penting dalam perkahwinan. Hubungan yang baik antara anak dan menantu sangat memainkan peranan bagi membentuk keluarga yang harmoni. Ibu mertua juga merupakan contoh dan rujukan kepada menantu dalam urusan rumah tangga.

Terbaru, hasil tinjauan di akaun Instagram Puteri Sarah Liyana atau mesra dengan panggilan Sarah telah memuatnaik satu perkongsian gambar bersama keluarga mertuanya. Perkongsian tersebut mengenai majlis doa selamat dan sambutan ulang tahun kelahiran dirinya.

Melihat kepada perkongsian itu, semua kelihatan tersenyum manis, gembira dan bahagia. Sarah juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada ibu mertuanya yang secara tidak langsung menyusun dan merancang majlis doa selamat dan sambutan ulang tahun kelahirannya.

Majlis doa selamat dan sambutan ulang tahun kelahiran dibuat dan diraikan di kediaman Sarah dan keluarga. Selain bersama keluarga mertua, ibu bapa Sarah juga turut hadir bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak tersayang. Alahai untungnya Sarah mempunyai rezeki keluarga mertua yang baik dan ibu bapa penyayang.

Jom ikuti perkongsian gambar di bawah :

Lagi, perkongsian gambar yang memaparkan kehadiran ibu bapa Sarah :

Ramai yang memberikan tanda suka kepada perkongsian ini. Selain memuji Sarah beruntung dikurniakan rezeki ibu mertua yang baik, ramai juga peminat yang memberikan ucapan ‘selamat hari lahir’ buat Sarah. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

“ Wahhh.. What a celebration.. Sorry can’t make it Yaya.. Got other appts to attend.. Alhamdulillah.. Happy belated birthdayyy kak cantik.. “

“ Untungnya kak sarah.. Mak mertua yang baik.. Moga Allah permudahkan segala urusan kak sarah.. happy belated befday.. “

“ Mertua yg baik nie pn rezeki tau.. Beruntung sis.. Masyaallah.. semoga yg baik2 saja utk sarah and syamsul sekeluarga.. “

“ Selamat hr lahir.. moga dipnjangkan umur dan dimurhkn rezeki yg melimpah… dan dprmudhkn urusan aamenn.. “

“ Selamat hari lahir buat puteri sarah liyana semoga rumah tangga sentiasa bahagia ke jannah.. semoga sentiasa dilindungi Allah.. and semoga hubungan dgn suami kembali baik amin.. “

“ Happy birthday Sarah.. Beruntung dapat family mertua yg baik.. Happy birhaday  semoga panjang umur murah rezeki.. Happy bersama family tersayang.. “

“ Syukur Alhamdulillah… mak mertua datang sekali untuk meraikan hari kesyukuran ini. Sihat sentiasa yaa sis… Happy belated birthdayyy.. “

Bahagia betul melihat Sarah bersama ahli keluarganya. Pastinya Sarah sangat gembira dikurniakan ibu mertua yang sangat baik hati dan penyayang di sampingnya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Sarah dan keluarga sentiasa dalam lindungan dan Rahmat Allah serta bahagia dunia akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG puterisarahliyana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..