Artis / Selebriti
” Mungkin kita patut cuba lipat baju dan mop lantai macam tu. Good idea, haha.. ” – Netizen

Fizo Omar Kongsi Video Isterinya Melakukan Kerja Rumah. Namun Lakonan Isteri Fizo, Fazeera Nazri Buat Ramai Terhibur. Skill Mop Lantai Dengan Lipat Baju Tu Memang Rare. Tak Pernah Dibuat Orang Lagi, Haha !!
Bagi yang mengikuti pelakon Fizo Omar di akaun Instagram pasti mengetahui yang Fizo suka berkongsi pelbagai video lakonannya bersama isteri, Fazeera Nazri. Boleh dikatakan semua video lakonan pasangan ini membuatkan ramai yang terhibur dan sangat ‘relate‘ dengan kehidupan seharian kita.
Terbaru, Fizo memuatnaik satu video yang memaparkan kali ini membincangkan tentang pekerjaan yang dilakukan oleh isteri sebagai suri rumah. Menerusi video itu, pada awalnya Fizo yang baru sahaja pulang dari kerja menganggap lebih seronok jika berada di tempat Fazeera yang difikirnya hanya berehat di rumah sahaja.
Namun lakonan Fazeera begitu ‘deep‘ kerana semua kerja rumah dilakukannya sambil baring. Antara kerja yang dilakukan adalah mop lantai, mengemas bilik, menjaga anak, melipat baju. Tulis Fizo di ruangan kapsyen mengatakan bukan mudah bergelar suri rumah yang bekerja sepanjang hari dan tiada masa langsung untuk berehat.
Perkongsian video tersebut sekali lagi menarik perhatian wargnet. Ada yang bersetuju apa yang ditulis Fizo dan berkongsi luahan perasaan bergelar suri rumah. Sehingga kini, video baru oleh Fizo menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai serta terhibur dengan perkongsian video terbaru oleh Fizo. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Mungkin patut cuba lipat baju dan mop lantai macam tu, good idea, haha.. Punya deep dia perliiii haahahahhahaa, lawak betul lh.. “
” Anak berak basuh sendiri. Lantai semua penyapu mop berjalan sendiri. Dekat dapur pon semua periuk sudip berjalan masak sendiri. Taw2 laki balik siap dah semua, haha.. “
” Memang kami terpaling berehat, kerja rmh semua jiran² y settle kan (ayat biasa) tp y ni lain skit semua kerja buat smbil baring je hahahahaha.. “
” Blh jd pelakon la wife Fizo, pandai dah berlakon sekarang, muka tu main peranan betul. Hahahhaa suri rumah terpaling rajin di abad ini.. “
” Sebenarnya kan.. Taktau la nak sedih kw nak gelak, bukan gelak ape tula perangai kelakar dia tu buat kita gelak.. Serba salah pulak jangan marah.. “
” Ye la kalau rehat, kain tak berlipat, pinggan menimbun, lantai kepam, anak2 pon sama lah.. Cer try jadi suri rumah sat, haha.. “
” Lawak sangat tapi video ni terpaling deepppppp sangat.. Buat kerja semua baring ja kan, yerlah suri rumah kan byk masa berehat.. “
Ramai yang terhibur dengan setiap perkongsian video oleh Fizo dan Fazeera kerana banyak memberikan teladan buat tontonan umum. Pekerjaan suri rumah ini tak akan pernah habis, ada sahaja perkara yang perlu dilakukan oleh mereka. Malah mereka lagi sibuk daripada wanita yang bekerja di pejabat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG fizoomar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti12 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar