Artis / Selebriti
” Muka seorang sebijik sama Arni Nazira dan seorang lagi sebijik muka Awie.. ” – Komen Netizen
Video Anak-Anak Dato’ Awie, Puteri Aleeya Antasha, Putri Aleefa Antasha Dan Putra Ahmad Merrah Menjawab Soalan-Soalan Daripada Warganet. Dah Besar 3 Beradik Ni, Suka Menyakat Masing-Masing. Muka Klon Arni Nazira Dan Dato’ Awie Sangat !!
Siapa tidak kenal dengan nama penyanyi rock terkenal, Dato’ Awie. Dato’ Awie pernah mendirikan rumahtangga bersama Arni Nazira dan dikurniakan 2 orang anak perempuan iaitu Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha. Bersama Rozana Misbun pula, Dato’ Awie dikurniakan 3 orang anak dan salah seorangnya ialah Putra Ahmad Merrah.
Meninjau akaun Tiktok Awie Wings 74, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Aleeya, Aleefa dan Merrah membuat video bersama. Mereka bertiga menjawab soalan-soalan daripada warganet yang berkisar mengenai kehidupan mereka dan Dato’ Awie.
Sama seperti Dato’ Awie, ketiga-tiga anaknya ini juga kelakar orangnya. Jawapan mereka spontan dan suka menyakat antara satu sama lain. Part lawak ketika mengukur ketinggian, si sulung terpaling rendah tetapi perasan dirinya tinggi. Raut wajah tiga beradik ini juga mendapat perhatian warganet.

Aleeya dikatakan lebih seiras dengan wajah Arni, manakala Aleefa pula cenderung kepada wajah Dato’ Awie. Merrah pula tak ubah seperti Dato’ Awie ketika zaman muda dahulu. Bukan hanya wajah, suara Merrah juga seakan-akan Dato’ Awie dan Merrah juga tidak lekang dengan gitarnya. Pencinta muzik macam daddy lah Merrah ni.
Jom tonton video di bawah :
@awiewings74 JANGAN FOLLOW & SHARE THIS VIDEO ‼️ #awie #fyp #fypシ゚viral #foryou #foryoupage #fypage #fypage #masukfyp #masukberandafyp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Yang tengah tu lawa, muka sebijik Arni Nazira.. Yg kiri sekali sebijik muka awie masa zaman muda takde misai.. ”
” Muka sorng sebiji Sama Arni Nazira dan seorang lagi sebiji Muka Awie.. adil sorang muka mak, seorang muka bapak.. cantik dan handsome.. ”
” Yang belah kiri tu sebijik muka dato’ Awie.. anak-anak arni yang girl memang cantik-cantik, ikut Arni.. ”
” Tone suara ank no 2′ not bad, tp xtau lh klo ble menyanyi, merah ada tone sengau-sengau awie, no 1 tone agak tegas sesuai jd lead.. ”
” Lucu anak-anak dato’ awie ni, perangai macam daddy dorang. Muka garang tapi cool je orangnya.. Merah cakap pun suara dah sedap.. ”
” Kelakar la semua anak dato’ awie ni. masing-masing kaki menyakat. yang perempuan semua cantik-cantik, yang lelaki handsome macam dato awie.. yang penting masing banyak cakap.. ”
” Cepatnya anak-anak ni membesar.. Cantik princess dato Awie, yang lelaki pulak handsome. seronok tengok tiga beradik ni, akrab dan suka bergurau.. ”
Seronok warganet mendengar celoteh anak-anak Dato’ Awie itu. Masing-masing ada rupa paras yang sedap dipandang mata. Apa-apa pun, semoga kesemua anak-anak Dato’ Awie ini berjaya selalu dalam hidup dan menjadi anak yang berguna kepada kedua ibu bapa mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Awiewings74
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Live dah sesedap ni, final nanti tentu gempak ni. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Intro je pun dah mengancam. Tangan tu tangan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meremang rasa bila Cicha nyanyi, part tarik tu memang gaya macam Ella.. ” – Komen Netizen

