Artis / Selebriti
” Member tengah syok makan laksa tiba kena mention.. ” – Netizen
Video Reaksi Dato’ Fizz Fairuz Ketika Juri Meneka Dirinya Yang Di Sebalik Maskot Roti John Dalam The Masked Singer Malaysia Buat Ramai Terhibur. Lawak Reaksi Fizz, Almy Pun Berdekah Gelak. Baru Nak Happy Sekali Tersingkir Pulak, Hehe !!
Jika anda mengikuti program realiti terbitan Astro iaitu The Masked Singer Malaysia pastinya anda mengetahui konsep rancangan tersebut. Semua peserta perlu memakai pakaian maskot dan para juri akan meneka siapakah di sebalik maskot tersebut.
Peserta terbaru yang tersingkir pada minggu ini ialah maskot Roti John yang merupakan selebriti Hun Haqeem. Namun ada juga juri yang salah meneka siapa di sebalik maskot tersebut iaitu Sherry Al-Hadad yang meneka Dato’ Fizz Fairuz.
Ketika itu, Fizz sedang menonton rancangan tersebut secara live sambil makan semangkuk laksa. Reaksi Fizz yang terkejut mendengar dirinya diteka membuatkan ramai terhibur. Cara Datin Almy merakam video tersebut juga agak kelakar kerana menunjukkan reaksi wajah suaminya dan kemudian menunjukkan ke arah TV.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 2 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Fizz juga agak kecewa apabila Roti John tersingkir kerana tidak dapat lagi melakukan penyamaran sebagai Roti John lagi bagi mengelirukan pengetahuan umum.
Jom tonton video di bawah :
@almyynadia Pening kejap😂 #almynadia #almynadiafizzfairuz #almyfizz #fizzfairuz #fizzfairuzalmynadia #fyp #foryou #fypシ゚viral #foryoupage #fypシ #fypage
Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan telatah Fizz dan ada juga yang terliur melihat laksa yang dimakan olehnya. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Uishh.. laksa pekat likat melekat terpikat.. Sedap betul rupanya.. alamak dah terkeluar plak roti john.. siapa roti john tu ek.. “
” Masalahnyaa laksa tu lebih menarik dan menyelerakan .. dapat rasakan bau dia, pastu panas² sedapnyaaaaaa.. laksa tuuu.. “
” Laksa tu sedapnya.. Lama xmkn laksa dulu adik selalu buat. La dia dah kawen sapa nak wat belila jawapnya.. ingtkn laksa tu panggil roti john.. “
” Mcm mana lah diorg boleh teka Dato Fizz lain benor suara alahai.. Member tgh syok mkn laksa tiber kena mention.. “
” Ingatkan sang kancil dato. mknanya bukanla. huhu.. aku fokus kat laksa Datin jerr.. Stress dato terkeluar masked singer.. “
” Asallam muallukum selamat malam tgk je dh dpt rs..sedap laksanya.. In character betul, aku pun gelak sekali.. hahaha. sherry buat hal.. “
” laksa almy nadia mmg power..hari tu dia masak kat ketuk2 ramadhan ngn sheila rusly..padu cara dia msak. kuat pekat likat baru sedappp.. “
Dengan perkongsian video ini ternyata Dato’ Fizz tidak menyertai program realiti ini. Apa-apa pun, nasib tak tersedak Dato’ Fizz ketika namanya disebut. Tak mustahil juga jika suatu masa nanti pada musim lain Dato’ Fizz akan menyertai The Masked Singer Malaysia.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Almyynadia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti5 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen



