Connect with us

Artis / Selebriti

” Memang ikhlas sangat suara adik Amir ni, manalah Radin tak meraung.. ” – Netizen

Video Adik Amir Hadir Ke Konti Radio Era Raih Perhatian Warganet. Sedapnya Suara Adik Amir Baca Al-Fatihah. Siap Bagi Nabil Hadiah Birthday Rare Lagi. Part Radin Menangis Teringat Arwah Ibu Tu Sebak Sangat, Sesuatu Sangat Adik Amir Ni !!

Nama peserta program realiti The Chosen One, Amir semakin meniti di bibir warganet. Ada sahaja video-video nyanyian Amir yang muncul di FYP Tiktok yang membuatkan warganet tersentuh kerana suara emas Amir yang berh4ntu dan ada tarikannya itu.

Meninjau akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan beberapa buah posting yang memaparkan Amir hadir ke konti Era sebagai tetamu. Melangkah masuk sahaja Amir, si cilik ini disambut dengan mesra oleh Nabil, Pak Azad dan Radin Era.

Amir turut membacakan surah Al-Fatihah dengan bacaan dan makhraj yang membuatkan ramai kagum. Kehadiran Amir juga dimanfaatkan sepenuhnya oleh team Era. Nyanyian Amir secara live lagu Tiara dan Untukmu Ibu membuatkan Radin sebak dan tidak dapat menahan air mata kerana teringatkan arwah ibunya.

Selain itu juga, sempena ulangtahun kelahiran Nabil, Amir turut memberikan hadiah yang cukup istimewa. Buah tangan dari rimba berupa tongkat ali dalam saiz besar, memang rare. Untung Nabil dapat hadiah daripada Amir, ada nilai tersendiri hadiah Amir ini.

Jom tonton video di bawah :

Semua perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Falling in love dengan suara dia.. Kalau belajar taranum tu mesti lagi best dik. merdunyaa suara baca alfaatihah.. tersentuh hati.. klau di gilap baca quran bole jdi qari di masa akn dtg dik.. insyallah.. ”

” Kita tengok dia pun, hati jadi sebak. Secara otomatis hati kita turut mendoakan bakat dan rezekinya akan align seiring dengan usianya. Semoga berkat sentiasa mengiringi hidup mu.. ”

” Menusuk qalbu bacaan nya… moga menjadi anak yg soleh dan dipermudahkan perjalanan kehidupannya as muslim.. ”

” Kenapa kite nang1s… sebab alunan suara macam mengaji…. so tu yang buat touch kot… alunan dia. makraj n taranum dlm nyanyian.. tu membuat lg tersentuh.. ”

” Alunan suara dia, lain sgt. meremang weh macam mengaji. unik dan meruntun jiwa oo dengar.. Manalah Radin tak meraung, tangk4p sayu betul.. ”

” Memang ikhlas sangat suara adik Amir ni.. mengaji, menyanyi memang sedap suara.. good luck adik Amir.. ”

” Aku pun nang1s sama, memang sampai ke hati. suara yang ada aura, tak try hard pun dah menusuk kalbu.. ”

Aura Amir semakin mendapat tempat di hati peminat seni tanah air dan ramai yang mendoakan kejayaan Amir. Semoga bakat Amir yang dianugerahkan Allah ini terus digilap agar Amir menjadi bintang yang bersinar dan pelapis pada masa akan datang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT