Artis / Selebriti
” Meleleh air mata tengok Kepom berlakon jadi Mariana, lawak g1la, haha.. ” – Netizen

Video Parodi Filem Maria Mariana Lakonan Elly Mazlein Buat Ramai Terhibur. Part Angkat Kening Dan Bawa Beg Pisang Tu Serius Lawak. Adoi, Memang Pecah Lah Kak Lina Kepom !!
Sebut sahaja nama Elly Mazlein pasti ramai yang mengenali figura ini. Seorang yang ceria dan happy go lucky, gelagat Elly atau mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom sering mencuit hati ramai. Ada sahaja gelagatnya yang membuatkan ramai terhibur.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Ohmycelebritymalaysia telah dikongsikan satu video memaparkan video parodi. Menerusi video itu, Elly Mazlein melakonkan watak Mariana yang dilakonkan oleh Ziana Zain suatu ketika dahulu dalam Filem Maria Mariana.
Kelihatan Elly memakai baju sekolah dan berlakon satu babak ketika bersama dua orang tuanya. Lakonan Elly itu menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan sangat terhibur melihat Elly berlakon lagi-lagi apabila dia cuba meniru gaya mengangkat kening seperti Ziana Zain.
Sehingga kini, video itu menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Walaupun Elly kini sedang aktif sebagai pengacara dan penyampai radio, namun bakat lakonannya masih lagi mantap. Sememangnya Elly sentiasa membuatkan orang tak kering gusi melihat gelagatnya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan emoji ketawa kerana terhibur menonton lakonan Elly. Antara komen yang menarik adalah :
” Meleleh air mata tengok Kepom berlakon jadi Mariana, lawak g1la, haha.. Jauh btul penampor smpai boleh terbng eahh, haha.. “
Lakonan Eric Fuzi pun tidak kurang hebatnya. Dengan memakai misai palsu dan konon-kononnya menjadi seorang ayah yang garang, penampilan Eric turut membuatkan ramai terhibur dan ketawa tidak kering gus. Apabila bergabung dengan Elly, lagi gempak jadinya.
Apa-apa pun, memang terbaik lakonan Elly dan Eric. Semoga selepas ini akan ada lebih banyak lagi parodi-parodi yang mencuit hati seperti ini yang dilakonkan oleh Elly bersama-sama artis yang lain. All the best untuk Elly dalam apa juga yang dilakukan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG ohmycelebritymalaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Banyak kali saya menangis hari ni. Terharu tengok keluarga YB menerima Bella seadanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Takkan lah friendzone macam tu, banyak hint dah bagi.. ” – Didi Astillah