Connect with us

Artis / Selebriti

” Suka dengar walaupun saya non muslim. Sedap suara Nana dan Tomok.. ” – Netizen

Video Alunan Suara Tomok Dan Siti Nordiana Berselawat Tafrijiah Buat Ramai Teruja. Menyentuh Hati Paduan Suara Tomok Dan Nana Ni. Tenang Hati Dengar !!

Meninjau akaun Tiktok yatt_shaca, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Tomok dan Siti Nordiana berpadu suara merakamkan selawat Tafrijiah. Ini adalah salah satu pendekatan yang dilakukan oleh 2 penyanyi popular ini untuk menyemarakkan lagi Ramadhan yang bakal tiba.

Siti Nordiana sememangnya memiliki suara yang lunak merdu dan lenggoknya yang tersendiri. Tomok juga ada tone suara yang lain daripada penyanyi lain dan gandingan mereka ini kedengaran amat merdu serta menenangkan jiwa yang kekusutan dan stress.

Klik gambar untuk info..

Semakin ramai artis-artis kesayangan wargamaya merakamkan lagu-lagu ketuhanan dan selawat sebegini untuk halwa telinga peminat. Tak puas rasanya mendengar kemerduan suara Siti Nordiana dan Tomok ini. Ramai juga yang sebak dan menitis air mata tahkala mendengar selawat ini.

Tidak hanya wargamaya yang beragama Islam yang menyukai paduan suara Tomok dan Siti Nordiana membawakan selawat tersebut. Ramai juga di kalangan bukan Islam yang meluahkan rasa suka mereka dan mendengar video ini berulang kali.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )

@yatt_shaca

#selawattafrijiah #tomok #sitinordiana #selawat #lagu #lagu80an90an #lagu90an #fyp #fypシ゚viral #fypシ

♬ original sound – syu syu – syu syu

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 32 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Suka dengar walaupun saya non muslim. kalau kita tengah berserabut… dengarlah zikir ni.. hati kita rasa tenang je.. ”

” Tenangnya hati bila dengar.. walaupun tak faham dan saya nonmuslim suka dengar. lagi-lagi suara Nana dan Tomok best.. ”

” Walaupun bukan Muslim.. Tapi kawan-kawan banyak yang agama islam.. suka dengar selawat ni.. ”

” nana pandai ngaji so sebutan jelas.. Dia nyanyi pun sebutan huruf dengar dgn jelas. Beruntungnya org yg dapat Nana.. ”

” kenapa dengar selawat ni tiba-tiba air mata aq mengalir.. laju jer i mata. Sedap suara Nana dan Tomok.. ”

” Sejuk hati dengan suara Nana dan Tomok selawat macam ni. knp airmata aku tbe2 mengalir keluar dgr selawat ni.. sggh syahdu menusuk ke dlm hati.. ”

” Sedap… jelas… Alhamdulillah, halwa telinga ke arahNYA. dua-dua membawakannya dengan baik dan menusuk sampai ke jiwa.. ”

Klik gambar untuk info..

Terbaik Tomok dan Siti Nordiana, salah satu cara dakwah yang mampu menarik ramai orang untuk sama-sama berselawat dan mengamalkan selawat tafrijiah. Semoga Siti Nordiana dan Tomok dikurniakan Allah rezeki yang melimpah ruah dan berjaya dunia akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok yatt_shaca, Tiktok FarithHarith

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT