Artis / Selebriti
” Masa ni sorang-sorang jaga anak-anak, tak sangka sis dah sampai sini sekarang.. ” – Rita Rudaini
Rita Rudaini Kongsi Gambar Throwback Bersama Anak-Anak Buat Peminat Tersentuh. Sebak Baca Kapsyen Rita, Seorang Ibu Jiwanya Fighter !!
Bukan mudah bergelar ibu tunggal, apatah lagi jika anak-anak yang perlu ditanggung masih kecil. Itu lah yang pernah dilalui oleh pelakon jelita, Rita Rudaini dan kisah hidupnya itu telah pun dijadikan buku biografi ‘ Kerana Aku Seorang Perempuan’ untuk bacaan umum.
Banyak ranjau dan dugaan yang ditempoh untuk memastikan kehidupan anak-anaknya sempurna seperti kanak-kanak lain. Meninjau entry di akaun Instagram Rita Rudaini, telah dimuatnaik sekeping gambar throwback Rita bersama anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Gambar ini diambil ketika Rayyan masih kecil dan Arjuna masih lagi bergelar bayi. Kapsyen Rita kali ini mencuri perhatian warganet. Rita memaklumkan ketika itu dia keseorangan menjaga anak-anak dan sampai sekarang juga dia masih sendiri.
Jauh perjalanan Rita dalam membesarkan anak-anak dan semuanya dengan izin dan kekuatan yang Allah kurniakan kepada Rita. Ungkap Rita lagi, dia kuat kerana-Nya Ya Rabb Pencipta Alam. Perancangan Allah adalah yang terbaik dan segala kepedihan kini dibalas dengan kebahagiaan.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” I’m proud of u sis now you can, relax dan chill kita makan pop corn.. happy mother’s day & our day sister , luv u.. ”
” Itulah kuasa Allah yg memberi kekuatan kpd ibu2 yg menyara dan menjaga anak2 bersendirian.. ”
” Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia.. seorang ibu jiwanya fighter.. kuat demi anak anak.. ”
” Nampak super strong walau jalani tanpa pasangan, classy and cantik. Hilang satu. Allah bagi 2 anak Allah. In Sha Allah akan sayang and jaga mama dia sampai nafas akhir. Amin. Happy mother day. Happy selalu.. ”
” Kuat dalam kebahagiaan.. Respek sangat dekat Rita.. wanita hebat yang selalu jadi inspirasi kepada semua.. ”
” Kekuatan yang luar biasa.. Antara Ibu tunggal yg patut dicontohi. You are indeed a strong mom. Happy mother’s day kak rita.. ”
” You’re strong mommy, kak Rita.. kak rita ibu terbaik.. kekuatan luar biasa yg x mgkn org lain mmpu kuat lalui… sbb tu ujian tu utk sis.. sbb sis kuat, dlu kini slmnya.. ”
Hanya Allah yang memberikan kekuatan dan ketabahan untuk Rita dulu, kini dan selamanya. Tidak lah Allah uji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya itu. Semoga Rita terus kuat dalam mendidik anak-anak dan terus menjadi contoh untuk ibu tunggal di luar sana.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Rita Rudaini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” 15 tahun dah cantik macam ni. Bukan setakat cantik, tapi pandai menyusun kata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Afternoon complaint dekat bapa dia yang baru balik kerja nak rehat.. ” – Raja Ilya
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Teringatlah drama Dunia Baru dulu Madihah nak register masuk Unisel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Mula tu rasa terharu. Sekali dia bubuh kaki dia, terus berdekah ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Tahniah Eyra dan Haziq. Jantina dah tahu, kami tunggu reveal nama pulak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak tahu kenapa tersentuh baca posting daddy Fatima. Simple tapi sampai ke hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ada orang cakap kenapa Fattah order bunga graduation. Tak patut, tak patut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” MasyaAllah cantiknya nama, muka Hayder sangat baby ni.. ” – Komen Netizen