Artis / Selebriti
” Mama, har1mau pun menang1s tengok ni.. ” – Ameera Khan
Ameera Khan Kongsi Gambar Ibunya, Datin Noor Kartini Ketika Muda Di Insta Story. Wajah Cantik Ibunya Saling Tak Tump4h Seperti Neelofa. Wahh, Memang Sama !!
Nama ‘Little Miss Khan ‘ pastinya tidak asing bagi mereka yang sering melayari laman sosial. Adik kepada selebriti Neelofa ini seorang yang sangat popular di media sosial sehinggakan dia mempunyai sejumlah 1.3 juta orang pengikut di akaun Instagram.
Pemilik nama Nur Ameera Khan ini sering menjadi perhatian umum kerana penampilan, alat solek dan fesyen yang digayakannya. Baru-baru ini, Ameera ada berkongsi di ruangan Insta Story miliknya beberapa keping gambar ibunya, Datin Noor Kartini ketika muda.
Dia juga turut meletakkan kapsyen yang berbunyi ‘ Mama, har1mau pun menang1s tengok ni ‘ di satu gambar yang dimuatnaik olehnya. Wajah ibu Ameera sememangnya cantik dan menawan ketika muda dan masih kekal hingga kini walaupun sudah meningkat usia.

Jika dilihat wajah Datin Noor Kartini saling tidak tump4h seperti anak-anak perempuannya malah jika dipandang sangat seiras dengan Neelofa. Patutlah kesemua anak-anak Datin Noor Kartini cantik-cantik belaka. Ini kerana mereka mewarisi kecantikan asli daripada ibu mereka.
Jom lihat perkongsian di bawah :

Lagi gambar yang dikongsikan :

Menerusi perkongsian anaknya ini, dapat dilihat Datin Noor Kartini kelihatan begitu anggun mengenakan busana hitam dan putih lengkap dengan aksesori anting-anting, persis seperti seorang model antarabangsa. Bak kata pepatah, ke mana tidak tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi, patutlah anak-anaknya cantik dan handsome belaka.

Selain itu Datin Kartini juga sering berkongsi gambar-gambar bersama anak-anaknya di akaun Instagram. Kata-kata menerusi kapsyennya sering meraih tumpuan netizen kerana begitu puitis doa-doa seorang ibu terhadap anak-anak kesayangannya.

Nota : Kami menyunting gambar kerana menghormati Datin Kartini yang kini sudah berhijab sepenuhnya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ameera Khan, Neelofa, Noor Kartini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti2 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen

