Viral
” Mama dia masuk, mama dia sebut 1 perkataan yang buat saya sebak.. ” – Wakil Pengurusan Jenazah
Perkongsian cerita oleh wakil team pengurusan jenazah arwah Zara Qairina di himpunan Solidariti Keningau buat ramai sebak. Part pengecaman jenazah oleh ibu Zara paling menyentuh hati, sedihnya menusuk ke hati..
Sebulan sudah berlalu, namun nama Zara Qairina masih meniti di bibir masyarakat. Pemergian Zara yang penuh dengan misteri meraih sokongan seluruh rakyat Malaysia. Tidak hanya di Sabah, malah di Semenanjung Malaysia juga banyak dianjurkan himpunan solidariti untuk Zara.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Kirin Aziz90, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan perkongsian cerita daripada salah seorang wakil team pengurusan jenazah Zara. Kronologi dari awal jenazah Zara diambil di hospital Queen Elizabeth dan dibawa untuk dikebumikan pada 17 Julai diceritakan secara terbuka.
Team ini juga yang melakukan proses penggalian semula kubur Zara baru-baru ini. Cerita wakil pengurusan jenazah ini juga, mereka melihat betapa besarnya kekuasaan Allah setelah membuka liang lahad Zara. Mereka sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang akan terjadi, namun Allah Maha Berkuasa.

Jenazah Zara cukup sempurna dan jasadnya masih utuh walaupun sudah 23 hari dikebumikan. Hanya kain khafannya sahaja yang dikotori tanah. Wakil ini juga menceritakan reaksi ibu Zara ketika diminta untuk membuat pengecaman jenazah sebelum proses lain diteruskan.
Jom tonton video di bawah :
@kirinaziz90 Kisah Arwah Zara dari Team Pengurusan Jenazah Arwah Zara Part 1. #justiceforzara #justice4zara #keningau #fyp #komplekssukankeningau
@kirinaziz90 Justice for Zara @ Keningau.Kisah dari team pengurusan jenazah arwah Zara part 2 #justiceforzara #justice4zara #keningau #fyp #komplekssukankeningau
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Apa amalanmu anak kami Zara Qairina dan yg pasti amalan mama Zara juga… Allah angkat darjatmu nak kisahmu mendunia kami semua mendoakan ada keadilan utkmu Zara Allahuakbar.. “
” Mamanya menyebut “Zara, kita jumpa lagi” sebaknya… itu anak tunggal dia.. ketenangan mamanya tu buat kita yakin, beliau orang yang hebat.. “
” Zara kamu sebenarnya telah menang! lihatlah nak. dunia bersamamu. kamu kini mengetuai jutaan masyarakat dunia. tanpa mengira, negara, bangsa, agama, jantina, usia senuanya kini berdiri di belakangmu.. “
” Ibu arwah mmg seorg yg hebat. Ya Allah Engjau telah menhaga jenazahnya dgn sempurna,maka permudahkan proses menegak keadilan ini.. “
” Allah sedang memahamkan kita bahawa mukjizat hanya dikurniakan kepada para Nabi dan orang2 yg terpilih sahaja. Bertuahnya ibu Zara melihat anaknya buat kali kedua walaupun setelah disemadikan dgn jasad yg masih sempurna.. “
” Redha seorang ibu juga adalah redha Allah.. ” zara kite jumpa lagi raa” mmg sebak rse x blh nk bayangkan hti ibu dpt tgok ank dia utk kali yg kedua, ya Allah semoga mak arwah adik zara diberi kekuatan dn ketabahan dn semoga Allah permudahkan segala urusan utk keadilan adik zara.. “
” Auto bila dgr ayat “zara kita jumpa lg” terus menangis.. hati seorang ibu hancur.. bertemu anak kali kedua tetapi dalam keadaan sudah tidak bernyawa.. “
Kisah Zara yang membuktikan kebesaran Allah dan kuatnya seorang ibu. Allah meninggikan martabat Zara, di dunia Zara pernah dilukai, namun kini Zara sedang berbahagia di sana. Semoga keadilan untuk Zara dapat ditegakkan dan Allah kurniakan jiwa yang tabah untuk ibu Zara.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Kirinaziz90
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer

