Viral
” Kemudian pelajar itu keluar balik dan dia bawa dua orang lagi kawan dia.. ” – Peguam Zara Qairina
Video peguam kongsi keterangan saksi kanak-kanak kedua inkues kematian Zara Qairina buat ramai tersentuh. Sebak dengar pengakuan saksi. Sampai macam tu sekali Zara dibuli dan dimaki, tak terbayang perasaan Zara pada masa itu. Tergamak sungguh..
Prosiding inkues kematian Zara Qairina diteruskan dan ianya mula mengemukakan saksi kanak-kanak iaitu pelajar yang bersekolah sama dengan arwah Zara. Pada hari ini, saksi kanak-kanak kedua mendedahkan kejadian yang berlaku pada malam 15 Julai sebelum insiden menyayat hati terjadi pada Zara.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sinar Harian dan Eisya Toh, telah dikongsikan satu temubual pihak wartawan bersama salah seorang peguam yang mewakili ibu Zara, Rizwandean M Borhan. Menurut beliau, saksi menceritakan insiden bermula apabila Zara dituduh mencuri dompet seorang pelajar lain.
Pelajar itu mengadu kepada senior dan selepas itu Zara dipanggil dan bermula lah kejadian Zara disoal siasat oleh senior-senior tersebut. Zara cuba mempertahankan dirinya dan bersumpah mengatakan semua itu adalah fitnah dan menafikan tuduhan itu.

Bukan hanya disoal, Zara turut dilemparkan kata-kata kesat. Lebih menyedihkan cara Zara dilayan yang tidak beradab dan menggambarkan imej pelajar sekolah agama. Kata saksi ini juga, Zara juga diejek hanya kerana ingin menjadi ahli Badar (Badan Dakwah dan ROhani) atau pengawas surau.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Nampak kan macamane arwah dah kena dari awal.. tak kan la nak cover lagi.. Mana mungkin. Sejak dia beritagu mak dia dlm phone tu pun dah tau.. “
” Sedih baca.. Kesian Arwah Zara. Nie kira kes buli jgk.. Bertubi² tuduhkan yg dilemparkan kepada Zara. Allahuakhbar.. Semoga mendapat keadilan & mereka yg terlibat dihukum & menerima balasan dari Allah S.W.T.. “
” Dari apa yg saksi ni kata nampaknya lebih dari 5 orang tahu hal zara di buli. Semoga keadilan untuk mu adik zara. ingat doa orang teranaya tiada hijab aamiin.. “
” Tak dapat nak bayangkan keadaan arwah zara pd mse tu, mesti arwah tertekan dan sedih, dituduh dan ditertawakan ramai-ramai.. AllahuAkhbar.. “
” Harap ada keadilan buat adik bidadari syurga zara qairina.. Arwah ni budak yg cantik …. mesti ada yg dengki sampai membuli.. “
” Biadap sgt² sampai semua tuduh dia.. perangai mcm apa.. elok semua yg terlibat tu hntr ddk sek juvana biar diorang plk yg kena buli.. benda xde bukti lg nk tuduh².. “
” Kesian arwah Zara.. Allahuakhbar.. knapa bdk2 ni mcm byk sgt xpuas hati dgn arwah zara ye. ada je bnda nk salahkan arwah. Ni tgk jln crita saksi mcm dh mngaku blakunya kjadian buli.. “
Keterangan daripada saksi kedua ini sungguh menyentuh hati warganet. Sampai begitu sekali Zara diherdik dan itu pun untuk tuduhan yang tidak ada bukti. Semoga ada keadilan untuk Zara dan saksi-saksi selepas ini diberi keberanian untuk berkata benar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinarharian, IG Eisya Toh, Portal Sinar Harian
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen

