Viral
” Keputusan untuk menuduh suspek-suspek yang terlibat dalam kes buli Zara Qairina.. ” – AGC
Kenyataan rasmi oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai untuk tuduhan ke atas beberapa suspek yang terlibat dalam kes buli Zara Qairina..
Hari ini genap 34 hari pemergian arwah Zara Qairina dan hingga ke hari ini juga ramai rakyat Malaysia yang mengharapkan kematian pelajar tingkatan 1 ini mendapat keadilan daripada pihak berkuasa. Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Bernama, telah dikongsikan kenyataan rasmi media daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Menerusi kenyataan tersebut, AGC telah memutuskan untuk menuduh beberapa orang suspek yang terlibat dalam kes buli arwah Zara Qairina Mahathir berdasarkan keterangan yang ada. Keputusan menuduh suspek bagi kesalahan buli dibuat kerana ia tidak akan menjejaskan prosiding inkues kematian Zara Qairina yang akan dijalankan di mahkamah.
Selain itu, menurut laporan portal Berita Harian Online, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, semua suspek terbabit akan dibawa ke Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu bagi proses pertuduhan pada Rabu ini dan prosiding tersebut akan dijalankan secara tertutup memandangkan kesemua suspek berusia bawah 18 tahun.

Untuk sekadar info, arwah Zara Qairina telah disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) di Kota Kinabalu pada 17 Julai lalu, selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran dengan longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar, Sabah pada 16 Julai.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Pada 9 Ogos, jenazahnya digali semula berikutan arahan AGC yang berpendapat siasatan lanjut perlu dijalankan. Bedah siasat selesai dilaksanakan pada hari berikutnya dan jenazah Zara dikebumikan semula pada hari sama. Kisah pemergian Zara ini mendapat liputan meluas di seluruh negara.

Bukan itu sahaja, kisah tragis yang menimpa arwah Zara ini turut mencetuskan kebimbangan ibu bapa, terutama yang menghantar anak ke sekolah berasrama penuh. Semoga kes Zara ini mendapat keadilan sepenuhnya daripada pihak berkuasa dan pembuli-pembuli arwah Zara mendapat hukuman yang setimpal dengan apa yang dilakukan oleh mereka kepada arwah Zara.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bernamaofficial, Portal BH Online, Sinar Harian
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ada perkara yang kita tidak boleh jangka kan, jadi saya.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Comelnya, macam kartun Shin Chan. Geram, macam Jepun look Akira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Semuanya dia tahu, pandainya dia. Tengok pumpkin terus sebut halloween, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Susah tengok Yusry pegang perempuan. Bila tengok dia pegang bini dia, aku rasa macam sangat rare ye.. ” – Komen Netizen

