Viral
” Pagi ini, 18 Ogos 2025, Mahkamah Koroner Kota Kinabalu akan mengadakan sebutan pertama.. ” – Ustazah Marhamah
Informasi terkini kes Zara Qairina yang berlangsung di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini raih perhatian ramai. Semoga semuanya dipermudahkan untuk ibu Zara dan team peguam..
Setelah berakhirnya post mortem adik Zara Qairina yang dilakukan oleh beberapa orang pakar forensik pada 10 Ogos yang lalu, satu sidang rasmi oleh Polis Diraja Malaysia berlangsung. Dimaklumkan pada sidang itu bahawa punca kematian Zara adalah kerana kecederaan otak yang disebabkan oleh kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak.
Pihak peguam yang mewakili ibu Zara juga telah pun memberitahu pihak mereka mungkin akan meminta untuk mohon inkues. Untuk info, inkues adalah siasatan rasmi yang dijalankan oleh Mahkamah Koroner untuk menentukan punca dan sebab kematian seseorang apabila kematian itu mencurigakan.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Facebook Ustazah Marhamah Rosli, telah dikongsikan satu maklumat terkini berkenaan perkembangan kes Zara ini. Hari ini tanggal 18 Ogos 2025, Mahkamah Koroner Kota Kinabalu akan mengadakan sebutan pertama bagi prosiding inkues Zara.

Tambah Ustazah Marhamah lagi, sebutan ini adalah sesi awal untuk pihak mahkamah menyemak semua dokumen yang berkaitan, mengesahkan pihak yang terlibat dan menetapkan tarikh untuk mendengar keterangan saksi. Ianya bukan perbicaan penuh. Ketika pendengaran inkues nanti, baru lah mahkamah akan mendengar pengakuan saksi dan segala bukti bagi mengetahui ianya berpunca dari unsur jenayah atau tidak.
Jom baca perkongsian di bawah :



Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Allahuakbar smoga sgalanya terbongkar dpt keadilan buat adik zara.. Rabbi yassir wala tu’assir rabbi tammim bil khair.. “
” Amin ya Allah, Engkau perkenaankan lah doa doa kami untuk menuntut keadilan untuk adik kami ya Allah. Aamin ya Allah. JusticeForZara.. “
” Semoga inkues berjalan lancar.. Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui segala yang tersembunyi. Kami mohon agar prosiding ini berjalan dengan lancar, kebenaran dizahirkan, dan keadilan ditegakkan tanpa ada yang teraniaya. Berikanlah kekuatan buat ibu yang ditinggalkan ini Ya Allah.. “
” Permudahkanlah urusan pada hari ini,tegakkanlah keadilan untuk arwah adi Zara.. Amen.. teruskan solidarity untuk zara.. “
” Semoga Allah permudahkan segala urusan keluarga arwah.. Semoga keadilan buat arwah Zara dpt dituntut.. “
” Moga kalian terus kuat.. pasti cabaran dan tekanan yg mendatang semakin hebat.. Ya Allah peliharalah semangat juang mereka.. “
” Semoga segala doa kita dimakbulkan, segala urusan dipermudah Allah .. Tercapai segala hajat, sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah SWT Aamiin Ya Mujib Ya Qabul.. “
Ramai yang menantikan keputusan inkues yang sedang berlangsung sekarang. Walau apa jua keputusan, semoga ianya berpihak kepada Zara dan siasatan yang telus dapat dijalankan untuk mencari siapa yang bertanggungjawab atas pemergian Zara ini.

Silakan SHARE..
Sumber : FB Marhamah Rosli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti5 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah first time dapat tengok Abbas. Handsome boy lah Abbas ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perancangan perkahwinan lebih tenang, boleh dipercepatkan sebelum.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yeayyy, finally boleh kawin dah. We are happy for you, Bella and the kids.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq

