Connect with us

Artis / Selebriti

” Mak tiri terbaik, Ayash in a good hand.. ” – Netizen

Luah Rasa Rindu Pada Ayash Affan Kerana Sudah Pulang Kepada Ibu Shuib, Perkongsian Video Watie Hanifiah buat Ramai Tersentuh. Alahai Sweetnya Moment-Moment Ayash Dengan Mummy, Untung Ayash Dapat Mummy Yang Baik Macam Ni !!

Apabila mendengar perkataan ibu tiri, pastinya ramai membayangkan sikap ibu tiri yang garang. Ini kerana kita selalu dimom0kkan dengan sikap ibu tiri yang tidak menyayangi anak tirinya. Namun tidak semua ibu tiri adalah sedemikian rupa.

Meninjau ke akaun Instagram Watie Hanifiah, perkongsian terbaru Watie telah meraih perhatian ramai. Watie meluahkan rasa rindunya kepada anak tirinya yang paling bongsu iaitu Ayash Affan. Ayash kini sudah pulang ke pangkuan neneknya kerana Ayash dijaga oleh ibu Shuib.

Sesekali Ayash akan dijaga oleh Watie dan apabila berjauhan Watie mula merindui gelak tawa dan telatah Ayash apabila Ayash tiada di hadapan matanya. Untuk mengurangkan rasa rindu, Watie menonton semula video-video Ayash yang dirakamkannya.

Perkongsian Watie ini telah menerima lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai yang mula menyukai sikap Watie apabila melihat sikap Watie yang sangat ikhlas menjaga dan mendidik anak-anak tirinya.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap baik Watie melayan anak tirinya. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Mak tiri terbaik.. alhamdulillah.. Ayyash in a good hand.. petanda boleh bagi ayash adik dah tu mommy,,,, kakak talita dah request kan.. “

” Bahagia tgk watie n shuip… semoga berkekalan hingga ke syurga… amin.. Seronoknya ayash play dengan mummy.. Love u so much mummy Watie.. “

” Semoga Allah merahmati u Watie. True love.. Smga Allah kurniakan mommy nnt baby yg soleh n solehah sbb ikhlas sygkan ank2 arwah mcm ank sndri.. “

” Mommy gelakkk jeee . Awak yg sayuuuu even mommy gelak kite rasa awak pun sayu jugak kan mommy . loveee and salute you mommy.. “

” Ade iras2 mami dia laaa.. baiknya awak… mst rindu kn gn budak comel ni.. makin lama makin suka tengok watie ni.. terima kasih Allah.. “

” Hensem betul si Ayyash ni.. Smart sgt, comel lahaii.. badan dia semangat betul.. Dapat mummy mcm iamwatie alhamdulillah ya Allah.. “

” Arwah Kak Sarah pasti tersenyum lebar dkt sana tgk anak-anak dia bersama dgn org yg sgt mulia, dijaga dgn baik, ditatang dgn penuh kasih sayang. MasyaAllah Tabarakallah.. “

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan Watie Hanifiah dalam membesarkan dan menguruskan anak-anak tirinya. Semoga suatu masa nanti Watie juga dikurniakan cahaya mata sendiri dan bertambah meriahlah keluarga ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Watie Hanifiah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT