Connect with us

Artis / Selebriti

” Please Sharnaaz bersatu la semula dengan Nabila demi Jebat. Nampak jodoh korang kuat sangat.. ” – Netizen

Muatnaik Video Lakonan Bersama, Sharnaaz Ahmad Dan Noornabila Terima Banyak Komen Berharap Agar Mereka Untuk Rujuk Kembali Demi Anak Mereka Jebat Jayden, Ini Respon Nabila Sendiri. Memang Padu Lah !!

Hubungan akrab antara Sharnaaz Ahmad dan Noornabila seringkali mendapat perhatian warganet. Sekalipun pasangan ini sudah tidak lagi sebagai suami isteri, namun mereka sama-sama menggalas tanggungjawab untuk memastikan Jebat tidak rasa kurang kasih sayang.

Bukan kali pertama Sharnaaz, Nabila dan Jebat berlakon bersama. Setiap kali video lakonan mereka dikongsikan, pastinya ia membuatkan warganet tersenyum sendiri menonton. Keserasian dan chemistry antara baba dan mummy Jebat ni membuatkan orang tak puas menonton lakonan mereka.

Meninjau akaun Instagram Sharnaaz Ahmad, telah dikongsikan satu video yang memaparkan lakonan terbaru mereka untuk iklan satu produk. Comel, itu yang dapat dikatakan apabila Sharnaaz, Nabila dan Jebat kembali dalam satu frame. Ingatkan Jebat sahaja yang pandai berlakon, mummy Jebat pun boleh berlakon rupanya.

Tak puas melihat telatah Sharnaaz sekeluarga ini dan ramai yang berharap agar Sharnaaz dan Nabila boleh kembali bersama. Semua peminat Sharnaaz pastinya mengetahui yang Sharnaaz sudah pun mempunyai buah hati iaitu pelakon cantik, Amelia Christie.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih puluhan ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Alhamdulillah… semoga yang terbaik untuk korang berdua dan si encem boy tuuuu.. Respect harmoni demi anak.. berbaik x semesti bersama semula.. ”

” Suka dengan noornabila & sharnaazahmad hubungan tetap baik demi anak.. Semoga hubungan korang kekal baik wlupun sekadar kawan.. Doa yg terbaik utk korang.. ”

” Dengan ini sy ingin memberi tahu… kalau lah depa ni di sekalikan kembali… inshaallah bahagia… sbb.. sejuk mata memandang dan seronok tgk family depa kalau bersatu… biasa laa.. sebaik2 perancangan.. Rancangan Allah itu tepat.. ”

” Please abang Sharnaaz bersatu la semula dengan akak Nabila.. nampak jodoh korang kuat sangat.. demi jebat.. ”

” Rujuk je balik. 2 bini apa salah nyaa. Janji bahagiaa. Ego tolak tepii. Bahagi bahagia sama2 hahaha.. ”

” Mesti suka jebat kalau dapat sekatil semula dengan ayah dan ibu kandung dia.. Please la get back balikkk.. comel do’oh 1 family mcm ni.. ”

” Get back lahh ishhh aku sukaaa tgok depa niii.. Yehhhh suka tgok dorang dlm satu frame.. rakyat malaysia paling bhgia kalau tngok mamu dgn bella rujuk balik.. ”

Ini pula respon daripada Nabila sendiri apabila ramai yang meminta agar Nabila kembali rujuk bersama Sharnaaz :

Betul kata Nabila, dia dan Sharnaaz sudah ada kehidupan masing-masing. Gagal sebagai suami isteri tetapi tidak sebagai ibu bapa, Sharnaaz dan Nabila adalah contoh terbaik. Semoga hubungan baik dan persahabatan baba dan mummy Jebat ini berkekalan baik selama-lamanya demi anak mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sharnaaz Ahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT