Artis / Selebriti
” Macam ni kita jaga madu, macam ni tau. Macam ni baru poligami.. ” – Erma Fatima
Video gelagat Erma Fatima menyakat Fattah Amin dan Amira Othman mengenai poligami buat warganet terhibur. Wah kalau ada madu sebaik ni, memang aman lah dunia. Tersipu-sipu Fattah dan Amira kena usik, nakal betul ‘tunang’ Fattah ni, haha..
Fattah Amin dan Amira Othman sedang menjalani penggambaran untuk satu telemovie dan penggambarannya diadakan di luar negara. Penggambaran itu juga turut disertai oleh pengarah, Erma Fatima dan adiknya, Datin Umie Aida yang turut sama berlakon dalam telemovie tersebut.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Erma Fatima dan Tiktok Cute, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Erma mengusik Fattah dan Amira. Erma seorang yang suka bergurau dan menggelarkan dirinya sebagai tunang Fattah.
Mereka semua sedang duduk makan di sebuah restoran dan Erma mengisi pinggan Amira dan Fattah beberapa sudu sayur. Sambil itu, Erma mengomel memberitahu begini lah jika berpoligami. Perlu adil dan saksama, sambil yang lain berada di situ ketawa melihat telatah Erma.

Amira dan Fattah juga redha sahaja dengan usikan Erma itu. Umie bertanyakan kepada Fattah perasaannya jika beristeri dua. Sambil tersenyum, Fattah memberitahu dia berdamai dengan takdir asalkan bahagia. Sekepala betul Erma dan Fattah ini, sketsa tunang vs rakan sekerja yang mencuit hati warganet.
Jom tonton video di bawah :
@cute08628
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hhhhh suka dengan video sis Erma sbb ada fun, ada joke n ada nasihat buat semua orang. A true legendary director la sis kesayangan ramai ni.. “
” Alololo.. ending part 2 madu .. so COMEL la.. Bahagia kita tengok family group nie…. kerja dan berkasih sayang jugak.. sejuk mata.. “
” Hahaha kelakar la sketsa tunang dgn rakan sekerja ni haha.. kak erma so sporting… dlm gelak ttp ade nasihat… alhamdulillah… moga kak erma sentiasa bahagia.. “
” Hahaha kelakarlaa… senyuman Fattah Tu, berdamailah dgn Takdir erkk.. Cantiknya kaklong lucu pulak tgk muka fattah.. “
” Hahahhaa nakal erkkk… sampai merah telinga fattah.. jarang aku layan video kat ig ni, tp hat ni mng tak blh auto gelak.. “
” Adoi lawak betul, sempoi lah kak Erma ni.. yang last tu dua-dua senyom tak redho haha.. terhibur kita dengan kak erma ni, memang kaki menyakat Fattah dengan Mira.. “
” Anak-anak cik semah suka sayang Mira.. Dari Betty , kak erma skrg kak umieaida.. aku rase kalo x jadi kawen ni madu nye la yg paling frust huhu, semoga berjodoh.. “
” Tunang ni tak bagi can langsung orang nak dating haha.. dekah la kalau ada kak erma haha.. happy tgok fattah ngan mira dikelilingi org baik2.. “
Seronok warganet melihat keakraban antara Erma, Amira dan Fattah. Erma sememangnya kakak yang terbaik dalam menjaga adik-adik kesayangannya ini. Sambil gurauan, ada nasihat yang boleh kita ambil daripada kapsyen Erma itu. Apa-apa pun, semoga segala urusan Erma, Fattah dan Amira berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Erma Fatima, Tiktok Erma Fatima
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Thalita memang best nyanyi lagu English. Dah macam suara ibu betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara tu bapak argh sedap. Memang sapu semua lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sayang, saya tahu macam mana remuknya hati dan perasaan sayang.. ” – Jai Faizal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jika ada manusia yang memfitnah, mencaci, merendahkan atau menzalimi kami tanpa kebenaran.. ” – Norman Hakim
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fuhh, part tarik tu memang padu habis. Ni bakal Raja Pop nanti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, banyaknya soalan normal ke czer ni. Kenapa ? ” – Amira Othman

