Connect with us

Artis / Selebriti

” Letih betul gelak tengok anak beranak ni. Rayyan lucu, mak Nana pun kelakar, haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Siti Nordiana Bersama Anaknya, Rayyan Nakhaie dan Ibunya Buat Peminat Terhibur. Amboi Rayyan Punya Jeling Tengok Mama Berlatih Vokal Tu Bukan Main Lagi, Ayat Pun Mengena Mama. Mak Nana Lagi Lawak, Anak Beranak Semua Kelakar !!

Rancangan hiburan, All Star Gegar Vaganza bakal bersiaran pada 24 September dan istimewanya kali ini, semua juara-juara Gegar Vaganza daripada setiap musim akan bertanding untuk merebut gelaran juara. Salah seorangnya adalah Siti Nordiana.

Meninjau akaun Instagram Siti Nordiana, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Nana sedang berlatih vokal di rumahnya. Gelagat Nana itu diperhatikan oleh anak lelakinya, Muhammad Rayyan Nakhaie. Sampai kena jeling dan sound Nana kerana tak berhenti berlatih.

Lucu mendengar perbualan antara Nana dan Rayyan itu. Kata Rayyan, mama pernah menang sekali dan Nana menjawab dia cuba yang terbaik kali ini. Nana juga menunjukkan suasana ketika Nana pulang ke rumah maknya di Negeri Sembilan untuk meminta restu sebelum mula bertanding.

Gelak ketawa tak henti antara Nana dan maknya. Lucu juga mak Nana ni, kata Nana asal nampak kamera je terus berubah karakter. Suasana sayu juga terasa ketika mak Nana memberikan kata-kata semangat untuk Nana. Arwah ayah Nana yang selalu menjadi penyokong kuat Nana sudah tiada dan Nana mengambil kesempatan menziarahi pusara ayahnya itu.

Jom tonton video di bawah :

Ratusan komen telah diberikan oleh warganet untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Love to your Mak.. Comel la anak beranak semua haha.. again sorry about your Abah yang. You take care tau. See you esok.. ”

” Al Fatihah buat arw4h ayah. Mak comel betul.. Semoga nana teruskan perjuangan. We wish you all the best.. sooka sentiasa support Nana.. ”

” Comelllnyaaa insyaAllah dengan berkat, doa dan redha seorang ibu Nana dapat jadi juara GV10.. Kuatkan semangat nana terus maju kedepan anggap saja apa yg org kata itu satu pembakar semangat buat nana.. ”

” Mak-mak asal nogori ni macam sama je kan .. macam mak jenny jugak kelakar comey.. All the best kak nana we always support you.. ”

” Kelako rayyan malas layan mak dia haha.. “Sape sruh jadi artis” selamba ank nye bantai mak haha.. Macam kakak dengan adik je aku tengok, comel.. ”

” Rayyan mcm stail beliau-beliau jaga mama dia.. anak dah macam boyfren.. rayyan lucu, mak nana pun kelakar.. let1h betul gelak tgk anak beranak ni haha.. ”

” Comel je anak beranak ni. seronok ada anak besar macam ni, ada kawan boleh sembang.. Rayyan memang semp0i lah, ayat tu selamber betul.. ”

Bak komen peminat, Nana usaha sedaya yang mungkin dan selebihnya serahkan sahaja kepada-Nya. Kalau sudah tertulis rezeki Nana dapat menggenggam gelaran juara, tak akan ke mana. Apa-apa pun, good luck Nana untuk cabaran baru dan semoga mendapat kejayaan yang diimpikan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Siti Nordiana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT