Connect with us

Artis / Selebriti

” Lawak muka Amir, jujur sangat ni, haha.. ” – Netizen

Video Reaksi Amir The Chosen One Ketika Berjumpa Mamat Exist Buat Warganet Terhibur. Selamba Betul Amir Ni, Jujur Je Jawab Tak Kenal, Siap Garu Kepala Lagi. Tergelak Mamat Dengan Ezad. Bila Dah Tahu Siapa, Reaksi Muka Tu Lawak. Haha !!

Aura adik Amir The Chosen One semakin meluas dan popularitinya kian meningkat hari demi hari. Tidak cukup stesen radio memanggil Amir, semalam Amir diundang pula ke rancangan realiti All Stars Gegar Vaganza untuk slot GV Live Plus.

Kata Cikgu Amir ianya adalah jemputan mengejut, namun undangan itu tetap dihadiri oleh Amir dan guru pengiringnya. Untuk kali ini, Amir menyanyikan lagu Untukmu Ibu dan istimewanya Amir mendapat peluang untuk berduet bersama penyanyi asal lagu tersebut, Mamat Exist dan Ezad.

Meninjau akaun Tiktok En Kopi,my, telah dikongsikan video sesudah Amir membuat persembahan dan Mamat serta ahli kumpulan Exist yang lain turut sama bersama Amir di atas pentas. Pengacara bertanyakan kepada Amir adakah Amir kenal siapa Mamat sambil menunjukkan isyarat jari kepada Mamat.

Amir seperti biasa tetap dengan jawapan jujurnya menjawab tidak kenal. Iye lah, semua faham kehidupan Amir tidak sama seperti di bandar dan banyak yang Amir tidak tahu. Tetapi itu lah identiti Amir yang membuatkan orang sayang akan dirinya dan menjadi trademark Amir.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :

@en.kopi.my

Adik Amir first time jumpe penyanyi sebenar Lagu Oh Ibu dan Exist di All Stars Gegar Vaganza (GV10).. Mantap Adik Amir siap nyanyi sama2 lagi.. #AmirTheChosenOne #MamatExist #EzadLazim #AllStarsGegarVaganza #GegarVaganza10 #GV10

♬ original sound – En. Kopi – En. Kopi

Perkongsian ini telah pun meraih hampir 1000 tanda suka daripada warganet dan antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Terbaik amir dapat nyanyi ngan 2 org lagend.. tahniah saya ucapkan kepada cikgu kerana membawa adik Amir ke pentas the chosen.. ”

” Sebijik mamat masa kecik dulu.. Suka sangat dengan Amir aka Unuk ni… jujur sangat dia.. selamber jawab tak kenal depan tuan badan haha.. ”

” Lawak muka Amir terkej0t haha.. terbaik adik amir sempat hormat lagi dgn abang-abang dekat sebelah.. ”

” Lucu Amir ni, suka tengok Amir.. nampak Amir sebak jumpa mamat ezad.. Happy Mamat dapat jumpa suara kanak2 dia.. ”

” Terbaikk amir… paduuu bila dapat sepentas dengan penyanyi asal lagu oh ibu. suara amir mcm suara uncle mamat masa dulu2 nyanyi Lagu Ni.. ”

” Amir kenal ke legend tu cikgu? selamber je dia legend dtg tu. cuba dengar nyanyian asal mamat lagu ibu ni… suara amir persis sama dgn mamat.. ”

” Sian amir.. dia x kenal pun mereka tu… sabar ye dik… slow2 t awak akn kenal Dunia sebenar.. amir kenal mamat. tak kenal berani ea.. ”

Seronok orang di sekeliling dengan reaksi dan percakapan Amir ini. Anak yang baik dan bertuah, permata yang bakal bersinar nanti. Mamat pun kelihatan gembira dan komen warganet, dapat juga Mamat berjumpa pemilik suara yang sama seperti suara Mamat ketika kanak-kanak dahulu.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok En Kopi.my, Termoj Production

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT