Artis / Selebriti
” Adakah ia ada kaitan dengan ketidak keserasian antara pengacara.. ” – Wartawan

Video Penjelasan Ketua Saluran Astro Ria, Norzehan Mohd Salleh Berkaitan Isu Pengunduran Kak Lina Dari All Stars Gegar Vaganza. Itu Rupanya Yang Terjadi, Harap Semua Jelas Dan Tiada Isu Berbangkit !!
Minggu lalu, peminat rancangan realiti All Stars Gegar Vaganza dikejutkan dengan berita pengunduran Elly Mazlein atau Kak Lina Kepom daripada mengacara rancangan popular ini. Alasan yang diberikan oleh Kak Lina adalah kerana hal peribadi.
Ramai yang bersedih dan kecewa dengan keputusan Kak Lina itu kerana beranggapan Kak Lina adalah penyeri GV. Semalam menyaksikan pentas All Stars Gegar Vaganza dihoskan hanya oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Namun perkongsian Kak Lina di Instastory miliknya menjadi teka-teki.
Menjawab kepada persoalan ini, satu sesi soal jawab antara pihak wartawan dan ketua saluran Astro Ria, Norzehan Mohd Salleh telah pun diadakan. Menjelaskan sejak dari perbincangan awal lagi, kata putus yang disetujui bersama oleh semua pihak adalah 3 hos sebagai pengacara.
Sama ada timbul isu ketidakpuasan hati antara hos, itu tidak dapat dijawab kerana sebelum itu semuanya bekerjasama dengan baik. Wartawan juga bertanyakan adakah pihak Astro melarang Kak Lina untuk membawakan karakter g1la-g1lanya di pentas dan jawapannya tiada larangan.
Jom tonton video penjelasan di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dah lah jgn dipjg2. Kan dk ok dah semua. Tiga2 hebat tapi utk GV biarlah nabil n jihan je. Lantaklah kalau diorg suka mengutuk sesama sendiri.. ”
” korang tengok jgk kanβ¦ yg EM tu bagus dkt Big stage. Dia sesuai kat sana, jgn rampas title dia. Move on please. Next.. ”
” Bertiga mungkin banyak cakap jadi kekal kan berdua lagi baik lagi pun nabil ngan jihan pun ok.. ”
” For me, 3 jd x berapa ok, sbb berebut masa. 2 cukuplah. Bkn kepom x best. Tp 2 je dh cukup untuk 1 program tu. Kepom dgn nabil je pn best. Jihan dgn nabil je pn best. Ni menurut sy jelah.. ”
” Kalau b3, banyak Lina yg kena bahan je.. die tak berapa pandai counter balik.. kesian jadinye.. mcm bahan pulak.. ”
” Suasana GV lagi hidup dgn gabungan Kepom & Nabil. Semalam GV mcm tak semeriah. Kepom boleh buat lawak, nyanyi, berlakon, gedik dgn penyanyi lelaki, belas kasihan. Pokoknye Kepom package la.. ”
” Rase nye dgn ada nye kak Lina kepon… GV jdi meriah dn happening… secara tak. langsung ia nye dpt memeriahkan lagi GV nie . At least semua audience , peserta dn judges tak berasa tense.. ”
Apa jua yang tersirat hanya Kak Lina yang lebih tahu. Mungkin ini yang terbaik dirasakan oleh Kak Lina buat masa sekarang dan diharapkan semua peminat Kak Lina menerima dengan hati yang terbuka. Moga pada masa akan datang, peminat dapat melihat aksi Kak Lina di pentas GV lagi.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hlive, IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 months ago
” Bergetar menjawab tu, memang sedih g1la dia. Nampak dia macam nak nangis tu.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 months ago
” Berdekah tengok, terjebak jugak korang. Khalish, Emir dan Seira versi baik ni, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 months ago
” Aku yang tak kuat, dengar terus nangis.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 months ago
” Berat nanang mu Zan, macam tu je panggil. Haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 months ago
” Adik, awak tertelan mic ke. Meremang dengar suara.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 months ago
” Ingat Kak Lina je masuk air, Aqish pun 2 kali 5 rupanya, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 months ago
” Dia dah lama rancang, Odey je yang lalai. Sed1h pulak dengar ayat last tu.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 months ago
” Baca kapsyen Makder pun dah menitik air mata. Makder lebih kenal Raissuddin.. ” – Netizen