Artis / Selebriti
” Lawak betul lah Azal ni, jujur ya amat.. ” – Netizen
Video Zarina Zainuddin Bertanyakan Umurnya Kepada Azal, Namun Jawapan Azal Buat Ramai Terhibur. Alahai Azal, Tulus Ikhlas Sungguh Jawapan Dia !!
Zarina Zainuddin antara artis yang aktif di laman sosial Instagram. Saban hari, pasti ada sahaja perkongsiannya samada berkenaan kerjaya lakonan, perniagaan pulut kuningnya mahupun mengenai anak-anak istimewanya, Azal dan Azil.
Meninjau akaun Instagram Zarina, telah dikongsikan satu video baru yang memaparkan perbualan antara Zarina dan Azal ketika berada di dalam kereta. Zarina bertanyakan kepada Azal bilakah tarikh lahirnya dan dijawab oleh Azal 24 Disember.
Meneruskan perbualan mereka, Zarina bertanyakan ulang tahunnya yang ke berapa tahun dan Azal menjawab 51 tahun. Membuat muka r1sau, Zarina mengatakan dirinya sudah tua namun tidak disangka Azal akan memberi jawapan yang mencuit hati.

Kata Azal walaupun ibu tua, ibunya tetap isteri muda. Ad0ilah Azal, ini memuji ibu atau sebaliknya ini haha. Sampai Zarina sendiri hendak ketawa mendengar jawapan dari mulut Azal ini. Penghibur hati ibu sungguh Azal seorang ini.
Jom tonton video di bawah :
Posting oleh Zarina ini membuatkan rata-rata peminat terhibur menontonnya. Alahai anak syurga ibu ni, jawapan yang jujur sangat. Antara komen-komen peminat :
” Ad0i Azal ni inn0cent g1la, comel je jawapan. Selalu terhibur dengan Azal. Lurus sungguh la hai jawapan anak syurga ni.. “
” Lawak betullah Azal ni, jujur ya amat haha. Ok Azal, diterima hehe. Comel pandai mengus1k ibunya sangat.. “
” Lucu kali abang Azal ni, tergelak besar aunty. Ad0i Azal, penglipurl4ra Ibu. Ibu tetap isteri muda okey haha.. “
” Ibu tetap isteri muda, pandai dia. Kelakar Azal ni, jujur sangat Azal ni buat kita yang dengar pun ikut tergelak.. “
” Pandai dia buat lawak, isteri muda ye Azal. 100 % jawapan yang kelakar, suka sangat-sangat tengok Azal yang jujur percakapannya ni.. “
” Tengah makan coklat sambil tengok, tersed4k dibuatnya haha. Lawak Azal ni, buat kita ketawa besar lah dengar ibu tetap isteri muda tu.. “
” Azal oh Azal, lucu sekali kata katanya. Tulus ikhlas betul jawapan Azal haha. Walaupun ibu dah tua tetap isteri muda hahah.. “
Ada teman berbual seperti Azal ini, pastinya tak bos4n Zarina sepanjang perjalanan. Penghibur hati ibu yang selalu buat ibu tersenyum. Semoga Azal sentiasa dalam rahmat Allah dan menjadi pendamping setia ibu selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zarina Zainuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sama cantik sama padan. Mak Shila masih muda dan cantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya macam auntie Sairah tu muka dia macam arwah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara Yosh. Merinding dengar, lunak dan gemersik macam Amira Othman.. ” – Komen Netizen


