Artis / Selebriti
” Kesian dekat dia sebab dia sudah biasa mak dia yang sediakan.. ” – Zarina Zainuddin

Video temubual menerusi panggilan telefon bersama Zarina Zainuddin dan anak Ridzokumura, Sky Taizo raih perhatian ramai. Tenang je dengar suara Sky, matang sungguh..
Sudah beberapa hari isteri kepada usahawan salon dan juga pempengaruh media sosial, Ridzokumura iaitu Akiko Okumura pergi meninggalkan semua. Namun masih terasa sayu dan sedih di hati ramai orang terutamanya pada ahli keluarga Ridz.
Meninjau ke akaun Instagram Hotfm, perkongsian dua buah video ketika panggilan telefon bersama Zarina Zainuddin telah meraih perhatian ramai. Zarina merupakan sepupu kepada Sky dan sehingga hari ini Sky dikatakan masih tinggal di rumah Zarina bersama ayahnya.
Zarina telah ditanya mengenai persiapan sahur dan berbuka yang disediakan untuk Sky kerana sebelum ini telah tular sebuah video yang mana Zarina cuba menghidang menu sahur seperti arwah ibu Sky, Akiko. Zarina menyediakan hidangan makanan Jepun iaitu Sushi.
Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Mereka juga sempat berbual sebentar bersama Sky dan suara Sky didengari sangat tenang dan juga matang. Zarina kini menjaga Sky buat sementara.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Sky kata lepas ni dia nak belajar prepare mknn sendiri mcm mak dia buat..dh smp giliran dia buat sendiri kata nya.. matang sky ni.. “
” Ntah la..tgok sky dan ayahnya rasa nk menitis airmata,harap slps ni tkde dah komen2 busuk dan kejam trhadap kluarga ini.. “
” Bagus kak zarina ni. Semoga pahala berlipat gali ganda untuk akak dan semoga dipermudahkan segala urusan.. Ntah la tgk sky auto mengalir air mata.. “
” Salam Takziah buat keluarganya.Al-Fatihah buat Arwah Aamiin. Semoga dipermudahkan segala urusan Zarina sekeluarga. Aamiin .. “
” Anak lelaki ni bila dia rapat dengaj ibunya mesti dia hati banyak lembut dan biasanya penyayang. Semoga anak ini terus kuat.. “
” Be strong Sky… We are love you.. sky nak belajar dkt Uni yg mak dia belajar dulu, dia nak buat apa yg mak dia buat .. “
” Semuga ALLAH melindungi sekeluarga diberi kekuatan ketabahan ketenagan semangat dipermudahkan segala urusan dilimpahi kesihatan Aamiin Aamiin Aamiin Yarobbillalamiin.. “
Sky sangat bertuah kerana dikelilingi dengan orang-orang yang menyayanginya. Semoga Sky tabah dengan ujian yang dilaluinya ini dan segera pulih daripada rasa kesedihan yang teramat sangat selepas pemergian ibunya yang tercinta. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hotfm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar