Connect with us

Artis / Selebriti

” Lah dah kahwin ke, tahniah Azlee.. ” – Netizen

Azlee Khairi Kongsi Video Majlis Sambutan Hari Lahirnya. Wajah Seorang Wanita Bersama Seorang Bayi Comel Raih Perhatian Peminat. Wah Ini Kali Pertama Azlee Tunjuk Wajah Insan Kesayangan !!

Hero drama bernama Azlee Khairi ini mula mendapat perhatian peminat semenjak membintangi drama Love You Mr Arr0gant bersama Zara Zya beberapa tahun lalu. Memiliki wajah yang tampan dan lakonan yang bagus, ia menjadi pakej untuk nama Azlee bertahan dalam industri.

Jarang bercerita tentang hal peribadi, Azlee lebih banyak berkongsikan perihal kariernya di media sosial. Meninjau entry terbaru Azlee Khairi di akaun Instagramnya, satu video majlis sambutan hari lahir Azlee telahpun dikongsikan.

Apa yang menariknya adalah kapsyen Azlee yang mengungkapkan rasa beruntungnya kerana wanita bernama Nurul Hidayah ini sudi menerima dirinya seadanya. Azlee turut meluahkan rasa sayangnya pada si dia pada penghujung kapsyen ini.

Berlatar belakangkan kawasan tasik, sambutan ini turut disertai oleh beberapa orang lagi wanita dan 2 orang kanak-kanak. Azlee turut memangku seorang bayi lelaki yang sangat comel di ribaannya. Kali pertama Azlee memded4hkan wajah insan tersayang di Instagramnya.

Jom tonton video di bawah :

Nampak gembira wajah Azlee apabila diraikan oleh insan-insan tersayang. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Wah comelnya baby tu, si jantung hati Azlee pun cantik dan manis. Tahniah Azlee. happy birthday juga semoga berbahagia selalu.. “

” Happy birthday Babe, such a sweet couple.. ” – Datin Elvina Mohamad

” Happy birthday adik dan tahniah. Semoga till jannah, macam dekat Sakura Lake je tengok suasana tu.. “

” La dah kahwin ke, tahniah Azlee. Happy birthday too, alhamdulillah. May Allah bless you and family.. “

” 1st time tengok Azlee post tunjuk kekasih hati tu. Eh jap dah kahwin ye, tahniah Azlee kalau betul. Comel baby tu, chubby betul.. “

Turut dikongsikan oleh Azlee di Instastory nya gambar bersama seorang kanak-kanak perempuan dan bayi comel ini dengan membahasakan dirinya sebagai ‘daddy’ :

Sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang reply daripada Azlee di ruangan komen menjawab samada dirinya sudah berstatus suami orang. Apa-apa pun, dari raut wajah Azlee dapat dilihat bahagianya dia kini.

Kami di Berita Kopak juga ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Azlee. Semoga dengan bertambahnya usia, kehidupan Azlee sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan kebahagiaan yang berpanjangan bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Azlee Khairi Official

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT