Connect with us

Artis / Selebriti

” Laa suara Kak Shiera rupanya, baru tahu.. ” – Netizen

Video Sharifah Shahirah Berkongsi Cerita Suara Watak Bo Dalam Animasi Kampung Boy Versi Bahasa Melayu Adalah Suaranya Buat Ramai Yang Tak Sangka. Sekali Shiera Berdialog, Ubai Pun Terkejut. Terbaik Lah Shiera !!

Masih ingat lagi siri animasi ‘Kampung Boy’ yang berkisarkan mengenai pengembaraan seorang kanak-kanak bernama Mat dan kehidupannya di sebuah kampung. Kampung Boy sebenarnya autobiografi pengarangnya iaitu Dato’ Mohammad Nor bin Mohammad Khalid yang juga dikenali sebagai Lat.

Meninjau di akaun Instagram milik Astro Gempak telah dikongsikan satu video yang memaparkan wawancara Ubai bersama penyampai radio dan juga pengacara terkenal, Sharifah Shahirah. Menerusi video tersebut, Shahrifah Shahirah atau lebih dikenali dengan panggilan Shiera telah berkongsi satu cerita mengenai animasi ‘Kampung Boy’ .

Rupanya,Β  suara watak Bo dalam animasi Kampung Boy versi Bahasa Melayu menggunakan suara Shiera. Shiera mengatakan pada awalnya dia telah pergi ke audition dan Dato’ Lat menyukai suara Shiera dan terus meminta Shiera memegang suara watak Bo.

Kata Shiera lagi, waktu dahulu suara watak Bo tersebut hanya membaca skrip yang diberikan dan tiada lagi visual. Ketika di akhir video, Ubai telah meminta Shiera untuk melakonkan kembali suara watak Bo. Perkongsian ini telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka tidak menyangka yang suara watak Bo adalah suara Shiera. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Laa suara Kak Shiera rupanya, baru tahu.. Suka betul tgk Kampung Boy ni dulu. Masa anak2 kecik dok pasang ulang2. Ngan kita2 sekali dok ngadap tv.. “

” Baru tahu selepas tengok video ni, hahahahaha… Auto rindu zaman budak2.. Cerita ni memang best sangat tau.. “

” Wahhh…Hebat la Kak Rara, hehehe rupanya banyak bakat Kak Rara ni.. Betul2 anak seni lah.. Saya suka kartun ni, best sangat.. “

” La baru tau suara bo tu suara Kak Shira. Kecik2 dulu selalu tgk ulang2 semua episod ayah beli cd.. Eh terus rasa diri dah tua, hahaha.. “

” Faveret wey Kampung Boy.. Anak-anak tak beria ngat.. mama dia yang beria tengok takda sapa berani tukar, hahahahaha membesar dengan kartun Kampung Boy.. “

” Seriusss arrr, baru tahu.. Tak sangka Bo tu suara Kak Shiera.. Wehh drpd bdk dok tgok sekarang dah tua bru tahu Bo tu Kak Shiera, hahaha.. “

” Patutlah bila tgk Kg Boy. Nada dan intonasi suara kadang mcm tak kena dgn situasi kartun tu. Rupanya suara buat dulu. Kartun lukis kemudian.. “

Kampung Boy sememangnya cukup popular dan mendapat pengiktirafan antarabangsa kerana menceritakan tentang budaya orang Melayu. Memang legend lah, siapa sangka suara Bo rupanya adalah suara Shiera. Menonton video ini, ramai yang merindui siri animasi Kampung Boy.

Silakan SHARE..

Sumber : IG shieraijoy, astrogempak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT