Artis / Selebriti
” Korang bagi ayat panjang sangat, kesian kawan tak ingat. Lawak betul tengok, haha.. ” – Netizen

Video Datuk M. Nasir Tidak Ingat Skrip Dialog Ketika Berlakon Buat Ramai Terhibur. Lawak Dengar Part ‘Nak Sign Cek Juta-Juta’ Tu, Boleh Pula Banyak Kali Tersasul. Sampai Sherry Dan Datin Marlia Tak Larat Nak Gelak, Haha !!
Keserasian dan gabungan antara Datin Marlia Musa dengan pelakon Sherry Alhadad dalam rancangan masakan ‘You Know Nothing About Cooking’ yang ditayangkan di saluran Astro Ria pada bulan Ramadan ini dilihat begitu menyerlah sekali.
Gelagat Sherry yang juga yang kelihatan seakan tidak mahir di dapur menggeletek hati penonton. Datin Marlia pula ditugaskan untuk mengajar Sherry memasak. Banyak adegan yang mencuit hati terjadi ketika Datin Marlia mengajar Sherry memasak di dapur.
Paling menarik lagi, para penonton turut dapat melihat suami Datin Marlia, iaitu penyanyi Datuk M. Nasir membuat penampilan sebagai cameo. Difahamkan resepi masakan untuk rancangan itu adalah lauk-pauk kegemaran Datuk M. Nasir sendiri.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Sherry telah dikongsikan satu video sedutan babak lakonan Datuk M, Nasir. Menerusi video itu, Dato M. Nasir berkali-kali gagal mengingati dialog. Reaksi Datuk M. Nasir itu juga membuatkan Sherry dan Datin Marlia tidak henti ketawa.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang mengatakan terhibur menonton lakonan Datuk M. Nasir tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Korang bagi ayat panjang sangat, kesian kawan tak ingat. Lawak betul tengok, haha.. Dah boleh join sepahtu lepas ni Datuk n Sherry, haha.. “
” Makin lama makin kelako ek M. Nasir ni.. Dah rosak, hahaa.. Sebab abg ni kalau cakap selalu lain dari apa yg kita fikir – hahahha unik.. “
” Tiang tu mmg strategik.. Tak larat berdiri dah gelak.. Tercacul2.. Tak yakin.. Kan dah kena beleter dengan Datin.. Lawak arr.. “
” Rancangan masak paling best ngam teruk… Huhuhu.. A diff side of Dato M Nasir we hardly see… kelakar… I dok repeat video ni.. “
” Sejuta kali mak ulang.. Semua orang kelakar dlm rancangan ni n 1 nak cakap.. Sherry cantik sgt.. Kita love all ur outfit tau.. “
” Terhibur sangat²… Tak penah miss, gelak tak hengat.. Cepat sangat abis, jarang tau layan program masak² ni.. Tp yg ni paling love teruk…Tak boring.. Harap ade sambungan la.. “
” Mengekek saya tgk, tak sangka Datuk M. Nasir ni kelakar sangat.. Best sangt rancangan ni, penat gelak jer, hahaha.. Harap next year ada lagi lah.. “
Perkongsian video ini telah menarik menarik perhatian warganet. Ada peminat berseloroh mengatakan yang dialog yang diberikan kepada Datuk M. Nasir tersebut sangat panjang dan membuatkan dia lupa. Sehingga kini, video itu menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Silakan SHARE..
Sumber : IG sherry_alhadad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral7 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen