Artis / Selebriti
” Kita pun terikut-ikut muncung sebut, haha.. ‘ – Netizen
Video Gaya Achey Bocey Sedang Mengajar Anaknya, Tiara Zinnirah Membaca Huruf ‘Alif Ba Ta’ Buat Yang Menonton Turut Terhibur. Part Tengok Mulut Ayah Tu Win, Haha !!
Bagi yang mengikuti perkembangan pelawak terkenal, Achey dari kumpulan Bocey di Instagram, pasti tahu, dia sering berkongsi video-video lawaknya yang mampu membuat ramai menonton pasti berdek4h ketawa.
Terbaru, Achey ada memuat naik satu video yang memaparkan dia sedang mengajar anaknya, Tiara Zinnirah belajar mengenal huruf Hijaiyah atau dikenali sebagai huruf ‘Alif Ba Ta’. Menerusi video itu juga, kelihatan turut ada bersama adalah isteri Achey, Anne dan dua kanak-kanak lelaki.
Perkongsian video Achey tersebut telah mendapat perhatian ramai. Ada yang menyatakan bahawa, apabila menonton gaya Achey mengajar, mereka juga turut serta terikut membacanya dan suka melihat gelagat Tiara yang beberapa kali telah diteg0r cara sebutannya oleh Achey.

Hingga kini, video Achey telah ditonton sebanyak 155,436 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Gaya Achey pun comel, haha siap buat mulut muncung untuk menunjuk cara sebutan yang betul kepada ‘anak-anak muridnya’.
Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :
D ruangan komen, rata-ratanya terhibur menonton perkongsian video oleh Achey itu. Antara komen-komen manarik adalah :
” Hahaha kita pun terikut mulut juih ke depan. Ad0iii cute lah budak-budak ni, belajar rajin-rajin tau semua.. “
” Tiara siap pegang tekak lagi, punya nk ikut cara sebutan betul, haha comel lah. Suara pak ustaz pun boleh tahan tinggi, dah mcm belajar vokal.. “
” Dah boleh buka kelas mengaji ni Achey. Kering tekak mengajar pun. Haha terhibur tengok, memang terbaik lah.. “
” Haha kita pun terikut-ikut muncung sebut. Tengok video ni, terasa rindu pula zaman kanak-kanak mengaji kt rumah tok guru.. “
” Weeeeeiii saye tengok ulang alik 6kali kot, coz ada lawak ayah. Terselak, tak tutup aurat haha, cool dad. Good. Stay safe yaaa.. “
” Tengok mulut ayah, tengok, tengok. Aku pun terikut jadi anak murid Achey bila tengok video ni, hahaha.. “
” Guru mengajinya pn bukan main mucung lagi mengajar, ayah die punya bismillah kene slow volume.. “
” Alhamdulillah, dengan kite sekali ikut baca, terhibur, pahala pun dapat. Tiara tu, haih kite perhati jeee tau, haha.. “

Patut lah ramai yang terhibur, memang seronok video ni. Lagi-lagi tengok gaya budak-budak tu, comel. Apa-apa pun, memang terbaik Achey, semoga anak-anak ni membesar menjadi anak yang baik dan bijak di masa hadapan.

Silakan SHARE…
Sumber : IG Achey Bocey, Anne Achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selalu tengok Sheila sound artis masa Ketuk-Ketuk Ramadan, ni tengok menantu selamba sound.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya bagi Mama sebab Mama kan selalu bagi saya.. ” – Marissa Dania
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eiii geramnya dengar speaking Bilal tu. So fluent, speaking pun ada slang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti3 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dah besar dah, tahu-tahu dah jadi isteri orang. Cantik anak Faizal ni.. ” – Komen Netizen

