Artis / Selebriti
” Kesian tetiba kena tinggal, muka terus lain, haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Lelaki Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa Bermain Dengan Seorang Budak Perempuan Buat Ramai Terhibur. Kesiannya Afwa, Terus Terdiam Afwa Lepas Kena Tinggal, Hehe !!
Perkembangan anak-anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa sering menjadi perhatian umum. Membesar dengan sihat, comel dan lincah, ada sahaja gelagat mereka ini membuatkan ramai yang terhibur dan tak kering gusi ketawa.
Meninjau di akaun Instagram Afwa Khalid, telah dikongsikan video yang memaparkan gelagat Afwa sedang bermain dengan seorang budak perempuan. Kelihatan pada awalnya mereka bersama-sama menaiki PlasmaCar. Namun tiba-tiba budak perempuan tersebut terus bangun men1nggalkan Afwa.
Paling mencuit hati apabila melihat reaksi Afwa seakan seperti baru sahaja ditinggalkan kekasih. Perkongsian video ini sebenarnya diambil daripada menerusi IG Story milik DS Siti sendiri. Kedengaran suara DS Siti turut menyakat Afwa selepas ditinggalkan.
Perkongsian video ini telah mengundang tawa para peminat DS Siti dan Afwa. Ada yang mengatakan riak wajah Afwa nampak begitu comel serta menyakat Afwa supaya jangan bersedih kerana ditinggalkan ‘kekasih’. Sehingga kini, video Afwa menerima 1 ribu lebih tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan emoji terhibur selepas menonton gelagat comel Afwa ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kesian tetiba kena tinggal, muka terus lain, haha.. Afwa be like: Ala awek aku da blah.. Termenung sekejap dia, hahahaahahha.. “
” Awek dah bosan ke.. Jangan sedih yer Afwa.. Alahaiii cute nya Afwa, geram auntie tgk.. Rempit sorang sorang lagi laju motor tu ya Afwa.. “
Semakin besar, semakin comel anak teruna DS Siti ni. Pejam celik, pejam celik, Afwa ini sudah berusia 2 tahun lebih. Jangan tak tahu, Afwa juga mempunyai ramai peminat seperti ibu dan kakaknya. Ramai yang geram melihat pipi gebu Afwa yang disamakan seperti kuih pau.
Kalau dilihat wajah Aafiyah saling tak tumpah seperti DS Siti. Manakala ramai pula yang mengatakan wajah Afwa mirip seperti abangnya iaitu Asyraf Khalid. Apa-apa pun semoga Afwa dan Aafyah terus membesar dengan sihat serta menjadi anak-anak yang baik buat kedua orang tuanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG muhdafwakhalid, ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Senang betul kerja Amayan, last-last dia suruh kawan dia yang buat live dan jual.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Bila dia sebut inspirasi daripada Umi dia, terus laju je aku menangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bila dia dah start kira tu aku dah nak gelak, haha… ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mama, betul ke ? Tak lawak lah mama, sekarang kereta pun dah tak muat.. ” – Qadejah