Connect with us

Artis / Selebriti

” Bersemut ya tengok pasangan pengantin baru ni.. ” – Tya Arifin

Video Tya Arifin Cur1-Cur1 Rakam Telatah Nabila Razali Bersama Suami Di Sebuah Restoran. Alahai Sweet Sungguh Pengantin Baru Ni, Tya Pun Bukan Main Kuat Lagi Menyakat !!

Umum mengetahui yang penyanyi, Nabila Razali sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani dengan sekali lafaz pada bulan lalu. Pasangan mempelai itu dinikahkan Ustaz Fawwaz Zarin Che Lah pada majlis yang berlangsung di sebuah resort di Bukit Tinggi, Pahang.

Ketika majlis bertemakan English Garden itu, Nabila atau nama sebenar, Nur Nabila Mohd Razali menerima mas kahwin bernilai RM22.50, manakala wang hantaran dirahsiakan. Sementara itu, pasangan ini juga mengadakan majlis resepsi mereka di hotel mewah di Damansara bertemakan persalinan tradisional Jawa.

Klik gambar untuk info..

Terbaru meninjau di akaun TikTok milik Tya Arifin, telah dikongsikan video yang memaparkan telatah Nabila bersama suaminya di sebuah restoran yang dirakam oleh Tya secara senyap-senyap. Kelihatan Nabila dan Iruwan sedang memilih menu makanan yang ingin dimakan mereka di sebuah meja lain.

Tya sempat menyakat mengatakan pasangan pengantin baru ini begitu sweet. Sementara itu Tya, suami dan anak-anak makan di meja lain yang berdekatan. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 200 ribu tontonan dan ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.

Tonton video di bawah ini :

( Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )

@tyaarifinnw

Bersemut ya tengok pasangan pengantin baru @Nabila Razali ni🤪 #nabilarazali #tyaarifin #fyp

♬ Seruling Kalonaho – vmozjr

Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan emoji suka dan menyukai perkongsian video oleh Tya ini. Antara komen yang menarik adalah :

” Lepas kawin Bella makin cantik berseri2. Tya pun mantain cantik.. Apa lagi ajak le usben g dating berdua aje Tya hahahaha.. “

Klik gambar untuk info..

Alahai sempat lagi Tya menyakat kawan dia, kelakar pula dengar apa yang dikatakan oleh Tya. Nabila pula nampak semakin berseri-seri wajah Nabila selepas berkahwin, jelas kelihatan semakin bahagia. Apa-apa pun kita doakan semoga hubungan rumahtangga Nabila akan terus kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Sebelum ini, ramai yang berteka-teki siapakah gerangan lelaki yang berjaya menambat hati Nabila. Malah majlis prtunangan Nabila telah dihidu oleh pihak media, namun Nabila mengambil keputusan untuk berdiam diri dan tidak berkongsi hal tersebut kepada umum.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok tyaarifinnw, IG nabilarazali

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT