Artis / Selebriti
” Kenapa saya menangis sama ni. Kata-kata DSV menusuk ke hati.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Seri Vida menangis ketika anaknya, Kacak membuat kejutan sempena hari lahirnya. Sebak sungguh masa Dato’ Vida baca mesej daripada Cik B. Lagi bertambah sebak masa part Dato’ Vida berdoa tu..
Dia lah ibu dan dia juga lah bapa, Dato’ Seri Vida antara ibu tunggal yang menjadi inspirasi ramai. 2 orang anaknya telah dijemput Ilahi dan tinggallah Cik B dan Kacak sahaja menemani DS Vida. Kini, Cik B berada jauh di Spain untuk menuntut ilmu dan tinggal Kacak seorang yang diharapkan untuk menjaga ibu mereka ini
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Dato’ Seri Vida, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Kacak membuat kejutan sempena ulangtahun kelahiran DS Vida. Kejutan ini membuatkan DS Vida sebak lebih-lebih lagi membaca pesanan WhatsApp daripada Cik B.
Cik B ada mencoretkan permohonan maaf dan mengatakan yang dirinya bukan lah anak yang baik. DS Vida dalam mengalir air mata mengenang kembali kisah silamnya. DS Vida juga turut meluahkan rasa hatinya yang teramat rindu pada Cik B. Dalam kesedihan pun, DS Vida tetap mengingatkan anak-anaknya ini mengenai solat.
Bait-bait ayat DS Vida menyentuh hati ramai. Betapa seorang ibu saban hari mendoakan agar anaknya menjadi seorang yang hebat. DS Vida cuma inginkan Cik B pulang nanti membawa kejayaan. Bukan hanya kejayaan di dunia tetapi juga kejayaan di akhirat.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Happy birthday datoserivida kalau tahu mlm tadi saya nyanyi utk dato.. semoga DSV dan keluarga sentiasa dlm lindungan Allah swt.. “
” Kacak ni budak baik.. jaga mak elok-elok dan sebaik-baiknya.. DSV besarkan anak2 dengan baik, you’re a good mom. Semoga Allah lindungi DSV dan keluarga dan diluaskan rezeki.. “
” Sebak pulak tengok video ni.. Kacak dan cikB anak2 mama yang hebat.. Good mother.. Your childrens will never forget your sacrifice. Happy birthday to you.. “
” Se kacak org nye, sekacak peribadinye.. syukur alhamdullilah DSV di kurnia anak2 yg baik budi perkert.. alhamdullilah tahniah DSV n Hpy Bday to you, moga dilimpahi rahmad selalu, aminn yra.. “
” Sebaknyaaaa kata-kata dsv ni menusuk ke hati., Happy birthday Dato Seri Vida.. kenapa saya menangis sama ni.. adui hati tisu betul.. “
” Allahuakbar.. sebaknya.. Moga Kacak n Cik B jadi ank soleh solehah… Mama kalian mama yg baik .. balaslah jasanya. jagalah mama kalian sehabis baik.. syurga kalian disitu.. “
” Doa seorang ibu untuk anak-anak. Dsv buat saya menangis.. Happy Birthday Dato Seri Vida Panjang Umur Rezeki Diberkati Allah Sihat Selalu.. “
Tulus dan ikhlasnya doa seorang ibu untuk anak-anaknya. Beruntung Cik B dan Kacak mempunyai mama yang hati dan semangat juangnya sekuat ini. Semoga bertambahnya usia, Dato’ Seri Vida dikurniakan nikmat kesihatan yang baik dan terus bahagia bersama anak-anak tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dato’ Seri Vida
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen