Artis / Selebriti
” Kenapa ek, tolong pindah planet lain boleh tak.. ” – Datin Shahida
Video Datin Shahida membebel ketika melihat Dato’ Aliff Syukri sedang buat live menjual kerepek ubi buat ramai terhibur. Lepas jual batu, Dato’Aliff nak jual kerepek pulak. Sekali dengan bibik-bibik pun kena bebel, pasrah je muka masing-masing, hehe..
Bagi yang mengikuti usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri pasti mengetahui bahawa Dato’Aliff seorang yang sangat rajin berniaga. Produk-produk yang dijual oleh Dato’ Aliff sentiasa mendapat sambutan hangat daripada pengikut setianya. Kejayaannya dalam dunia perniagaan sememangnya menjadi inspirasi ramai.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik isteri Dato’ Aliff iaitu Datin Shahida, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Aliff sedang membuat live sambil menggoreng ubi. Aksi Dato’ Aliff yang ceria dan semangat menarik perhatian ramai pengikut.
Namun begitu, lain pula bagi Datin Shahida yang begitu geram melihat kedua-dua bibik turut sama membantu Dato’ Aliff, kerana mereka tidak memasak makanan tengah hari seperti biasa. Situasi ini jelas menunjukkan gelagat keluarga yang penuh telatah dan menghiburkan.

Perkongsian video tersebut turut mengundang tawa warganet. Ramai yang terhibur melihat Dato’ Aliff yang begitu bersemangat menjual kerepek ubi dengan cara tersendiri. Tidak kurang juga yang memuji sikap rajinnya dalam mencari rezeki dengan pendekatan yang kreatif dan unik.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terhibur mereka dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Wei de td berdekah aku tgk Dato Aliff.. Adoi mmg sangat rajin mencari duit (berniaga) yg halal… Sedangkan Nabi kita pon berniaga… Sunnah Nabi.. Terbaik lah Dato.. “
” Biar lah datin, mungkin dato sering terkenangkan masa susah dulu, waktu baru baru kawin perjuangan berniaga tepi jalan.. “
” Dahhh sekali bibik pun naik pening, mana nk kena ikut arahan.. Hahahaha ni memang kelakar sangat.. Tapi salute lah dengan Dato’ rajin meniaga betul, patut lah dia kaya.. “
” Muka bibik yg berdiri tu .. Masa datin cakap kau pun terjebak , subtitle muka bibik ‘terpaksa puan, hahahahaa.. “
” Bibik pun pening nak ikut ckp siapa, aahhaahaha.. Bibik pun kene sesah menjual datin. Takpelah datin asalkan datuk tak keluarkan lagu raya tin.. “
” Dato Alif tk tak heran lh dya kaya.. Pandai dn rajin cari duit dari apa cara yg blh dapat duit.. Patut rajin dia tu kita jadikan contoh tau.. “
” Ahhh sudahhhhh ubi pula dia jual.. Hari tu batu.. Hahahahaha ramai tak yang beli tu, sedangkan batu dan pkok bunga pun boleh sold out datin, hahaa.. “
Video ini berjaya mencuri perhatian ramai kerana memaparkan sisi santai dan ceria Dato’ Aliff serta telatah keluarganya. Agaknya selepas menjual kerepek ubi ini, barang apalah yang akan dijual oleh Dato’ Aliff selepas ini. Pastinya akan turut mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadhebrs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen

