Artis / Selebriti
” Kemain hafalnya, last-last haru beb. Jauh benar perginya tu Namie, haha.. ” – Komen Netizen
Menyanyi Lagu Jepun Berjudul Watashi Wa Star, Video Perkongsian Namie Buat Warganet Terhibur. Adui, Lain Yang Dihafal, Lain Pulak Yang Dia Nyanyi. Dah Macam Orang Perak Cakap Ala-Ala Jepun Jadinya, Haha !!
Nama Namie semakin dikenali ramai. Siapa sangka figura yang pernah bergelar guru ini memiliki sifat humour yang tinggi dan Namie kini antara pelawak dan pengacara yang disukai ramai. Antara video yang menggeletek hati warganet adalah apabila Namie menggabungkan 2 lagu menjadi satu.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Namie smy, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Namie cuba menghafal lirik lagu Jepun yang viral kini iaitu Watashi Wa Star. Terkumat-kamit Namie menyebut perkataan Jepun tersebut.
Tulis Namie di ruangan kapsyennya, bahasa Jepun ini mudah sahaja. Khusyuk warganet mendengar Namie menyebut lirik lagu itu. Setelah itu, Namie cuba menyanyi sendiri tanpa mendengar lagu tersebut. Lain yang dihafal, lain pula yang Namie nyanyikan.
Bukan bahasa Jepun yang keluar tetapi loghat Perak yang muncul dari mulut Namie. Tak pasal-pasal lagu Durian Dah Berbunga dipetik oleh Namie. Ini membuatkan ramai di kalangan warganet terhibur. Habis ‘rosak bahasa’ dek Chegu Namie ini.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Rosak bahasa negeri aku Namieee.. Kemain hafalnya, last-last haru beb haha.. Kwek kwej lagi senang.. ”
” Aku dah la dalam pantang czer.. nak gelak pon macam hanat da hahahaha.. Ikut muulaaa Namiehaha. kwek kwek kwek tu jangan tinggal.. ”
” Memula praktis ok dah hujung-hujung jd mr os pulak.. Asal bunyi jela Namie, jangan yang bukan-bukan sudah haha.. ”
” Haha mengekek aku ketawa, bota kiri … Keme oghang parit hadir… hahahaha.. Mulaยฒ je dia bole pkai. Hujungยฒ abes terabor.. Kwek dia kemain banyak hari ni.. ”
” Aduh beria-ria hafal, last-last. Orang perak cakap ala-ala Jepun rupanya. Aku baru tahu arini ni weh haha.. ”
” Dah agak dah, tak boleh percaya dia ni haha. Jauh beno perginya tu Namie, udoh lain bunyinye haha.. ”
” Teruk sangat tu haha.. lari ke mana tu perginya.. dari lagu star ke lagu durian trus.. Jepun dengan perak kan sebelah-sebelah je.. ”
Awal-awal sahaja boleh percaya dengan Namie, hujung-hujung ‘melencong’ jauh perginya. Namie sememangnya bijak dan kreatif, ada sahaja ideanya untuk mencuit hati ramai. Apa-apa pun, semoga Namie terus berkarya dan menghiburkan peminat semua.
Silakan SHARE..
Sumber :ย IG Namie Smy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dengar suara Sallman jadi sedih pula. Suara SS dalam diri Sallman.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak terkata ye bila orang tanya sayang macam mana, hanya deraian air mata.. ” – Komen Netizen