Artis / Selebriti
” Kelakar tengok muka sorang-sorang lepas dapat bau belacan.. ” – Netizen

Video Fedtri Yahya Ajar Anak-Anak Kenali Belacan Yang Mencuit Hati. Bagus Juga Cara Fedtri Ni, Tapi Kelakar Reaksi Dan Mim1k Muka Masing-Masing !!
Pengacara terkenal, Ahmad Fetri Yahya memang tidak asing lagi dalam dunia penyiaran. Memiliki suara yang lunak penuh jiwa kesusasteraan, ramai yang kagum akan pembawakan gaya Fedtri ini apabila dia berbicara, bak kata orang, auranya lain daripada yang lain.
Sering berkongsi video-video dan kata-kata motivasi di laman media sosial, dia juga turut mendapat perhatian ramai. Malah jangan tak tahu, Fedtri ini turut mempunyai bakat dalam menulis lirik lagu dan pernah menulis lirik lagu kepada penyanyi-penyanyi terkenal tanah air.
Meninjau di akaun Instagram Fedtri telah berkongsi satu video yang memaparkan dia telah mengajar anak-anaknya untuk mengenali belacan. Tulis Fedtri pada postingnya, adalah ‘ mari mengenali warisan BELACAN ‘ . Perkongsian video itu turut menarik perhatian ramai.
Menerusi video itu juga, pada awalnya, Fedtri telah bertanyakan soalan pada semua anak-anaknya adakah mereka mengenali apa itu belacan. Jawapan semua yang diberikan adalah tidak mengenali apa itu belacan lalu Fedtri telah membawa anak-anaknya ke dapur dan menunjukkan belacan tersebut kepada mereka.
Ikuti perkongsian video tersebut di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat reaksi anak-anak Fedtri setelah diberi bau belacan. Malah ada yang memuji kerana Fedtri telah mengajar anak-anaknya untuk mengenali belacan. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Hahaha nak4l dady pun, tapi betul lah budak-budak sekarang mana lah tahu apa itu belacan. lagi-lagi yang kecil-kecil ni.. “
” Lepas dapat bau belacan tu memang kelakar yer muka sorang-sorang , berlari habis, haha sebab bau dia aura lain macammmm, hahahhaha.. “
” Semangat anak pun dah tak tahu, bila si ayah g tunjuk, ahh kesemua lari lepas bau, mst smua pkir apa yang ayah aku cuba tunjuk ni.. “
” Sekali aku2 yang bers1n tgk video ni, hahaha lawak-lawak, comel betul masing-masing berlari lps daddy kasi c1um belacan.. “
” Kej4m daddy… Mama sya dr sini dah bers1n tgk daddy sua kan belacan dekat anak2… Hahaha memang kelakar pun ada.. “
” Bagus awal-awal ajar anak tahu barang dapur, nanti besar senang lah tlg masak ke apa.. Terbaik Fedtri.. “
” Hahaha kes1an diaorang, cepat bagi mandi, mesti semua pun dah bau belacan lah.. Dapat daddy kuat menyak4t.. “
Terhibur tengok video ni, memang kelakar tapi sangat bermanfaat, bagus Fedtri ajar anak-anak kenali belacan sebab kadang-kadang orang dewasa pun ada yang tak tahu juga. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak berharap dengan perkongsian video ini turut menghiburkan para pembaca semua.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ahmad Fedtri Yahya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen