Connect with us

Artis / Selebriti

” Nasib ustaz online, kalau dok depan rasanya r0tan sampai.. ” – Rita Rudaini

Video Rita Rudaini Sedang Belajar Mengaji. Wah Dah Ada Peningkatan Tu, Sedap Suara Baca Al-Quran, Lembut Jer. Terbaik Rita !!

Kisah pelakon Rita Rudaini dan anak-anaknya sering mendapat perhatian di laman media sosial, lagi-lagi ramai yang kagum dengan perkongsian video oleh Rita sendiri apabila bersama anak-anaknya sedang belajar mengaji Al- Quran.

Dengan dunia serba canggih dan moden, tiada alasan untuk kita tiada masa untuk mengisi masa untuk belajar mengaji. Begitu juga yang dilakukan oleh Rita dengan menggunakan khidmat seorang ustaz secara kelas online untuk membelajari bacaan Al-Quran dengan betul.

Bukan niat untuk menunjuk, perkongsian Rita di akaun Instagram mengenai anak-anaknya yang sudah pandai menghafal surah buat ramai berbangga akan cara ibu tunggal ini membesarkan anak-anaknya dengan menekankan tentang kelas agama.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Rita, sekali lagi berkongsi video Rita mengisi masa terluangnya dengan kelas mengaji secara online. Rita yang manis bertelekung sedang membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan dipantau oleh ustaz secara online.

Ikuti perkongsian video tersebut di bawah ini :

( Kl1k butang KANAN > untuk menonton video penuh.. )

Di ruangan komen, rata-rata memuji akan kesungguhan Rita dalam mempelajari bacaan Al-Quran dengan betul. Malah ada yang kagum akan kemajuan Rita dalam bacaannya. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Alhamduliilah, makin lancar bacaan Rita, dah ada kemajuan, teruskan Rita, amalan yang baik harus dicontohi.. “

” Sejuk dengar Rita mengaji, bagus isi masa lapang dgn perkara yang sangat bermanfaat untuk diri dan peroleh juga pahala.. “

” Jarang-jarang ada artis yang nk kongsi video dia belajar mengaji wlaupn suara dia biasa sahaja, sbb ada orang mungkin rasa malu untk belajar, tahniah Rita.. “

” Suka tengok Rita dengan anak-anak belajar mengaji, insyaallah saya doakan semoga satu hari Rita akan terbuka utk menutup aurat, amin.. “

” Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu…. Sedap suara baca AlQuran lembut jer, sejuk perut ibu melahirkan awk Rita.. “

” Pelan-pelan lah Rita oi, laju sgt nk p mana, haha tkt dgn ustz ka, bagus Rita, dgq hg baca koi sedap dah, ada peningkatan dalam belajar.. “

” Tahniah Rita, kekalkan semoga Rita dan anak-anak sentiasa dalam lindungan Allah dan insyaallah semoga anak-anak Rita menjd tahfiz.. “

Alhamdulillah, sejuk betul dengar bacaan Rita, insyaAllah nanti makin lancar dan sedap lagi bacaan Rita tu. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Rita sentiasa bahagia bersama anak-anaknya dan terus istiqamah dalam mempelajari ilmu agama. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rita Rudaini

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT