Artis / Selebriti
” Kelakar lah Tiara ni, haha. Adeh stress ayahnya.. ” – Netizen
Video Gelagat Achey Bocey Kena Games Lagi Dengan Anaknya, Tiara Zinnirah Buat Ramai Terhibur. Adoi Ayah Punya Beriya Hayun Kain, Tiara Boleh Lompat Macam Tu Je. Muka Hangin Terus Ayahnya, Terkena Lagi Ayah. Haha !!
Anak Achey Bocey, Tiara Zinnirah semakin pandai membuat kelakar dan banyak gelagatnya yang membuatkan warganet terhibur melihatnya. Bermula dengan kepala tersangkut tiang gol, mengikut ayah sembahyang Jumaat, dan teka lagu Arab, gelagat Tiara semakin mencuit hati.
Meninjau akaun Instagram Achey Bocey, telah dikongsikan satu video terbaru Achey melayani Tiara bermain. Kali ini Tiara mengajak Achey bermain lompat-lompat pula seperti permainan lompat getah. Menggunakan kain yang diikatkan pada tiang rumah, Achey kelihatan menghayunkan kain tersebut.
Cara sebetulnya bermain permainan ini adalah Tiara perlu melompat melepasi kain yang dihayunkan oleh Achey, namun lain pula yang dibuat oleh si cilik ini. Tiara melompat-lompat setempat sahaja dan langsung tidak menghampiri kain tersebut.

Reaksi wajah Achey yang stress itu juga melucukan. Aduilah ayah terkena lagi lah kali ini. Sudah lah kena sc4m dengan Tiara, siap Tiara menyuruh abang along merakamkan lagi gelagat Tiara dan ayah. Semakin hari semakin kelakar Tiara ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Achey ini telah pun meraih lebih 26 ribu tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kelako lah Tiara ni hahah, adeh stress ayahnya haha. Macam tu je Tiara gula-gulakan ayah.. Bertuah punya anak haha.. ”
” Aunty pun duk tunggu jugak lah bila tiara nak start lompat tali tuu.. hadoiiiii.. tert1pu jugak ghupanya haha.. ”
” Sampai sudah dia lompat setempat situ je hahaha. Ingat ayah dia dah kelakar, ada lagi kelakar.. Ingat betullah dia nak lompat.. ”
” Hahahaahahahha apa lg tiara . Dr tiang gol , ikut pergi smyg jmaat , bg ayah susu , pkaii helmet , suruh ayah teka lagu arab.. ”
” Tiaraaaaaaaaa… Aunty duk tunggu laaa tiara lompat haha.. bukan ayah je kena sc4m.. sekali semua orang tiara sc4m.. adeehhhh haha.. lawak lah dakk tiara nihh.. ”
” Aduhai Tiara, pandai betul kau games bapak kat dik haha.. Saya seorang je ke yang menanti dia lompat haha.. stress bapaknya asyik kena je dengan anak haha.. ”
” Malas layan dua beranak ni, manjang nak buat orang mengekek ketawa haha. Muka ayah dah hangin Tiara tak lompat dekat tali tu haha.. ”
Tiara Tiara, sudah berkali-kali ayah terkena dengan Tiara ini. Kali ini memang lawak lah, muka stress ayah tak boleh bawa bincang. Sampai ke sudah lompat setempat ye Tiara. Semoga Tiara menjadi anak yang ceria dan penghibur hati ayah dan mama selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Achey Bocey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Betul-betul tak sangka jawapan Erra bagi tu. Kelakar lah Erra ni, haha.. ” – Komen Netizen

