Artis / Selebriti
” Kelakar betul Makder. Si anak pun sempoi layan je perangai kelakar mak tiri dia, haha.. ” – Netizen
Video Lakonan Makder Bersama Anak Tirinya, Ahmad Firdous Buat Ramai Terhibur. Part Last Tu Paling Kelakar, Naik Pening Firdous Dibuatnya. Memang Win Betul Lah Makder, Haha !!
Bagi yang suka mengikuti perkembangan keluarga Shuib dan arwah Siti Sarah pasti familiar dengan semua ahli keluarga mereka. Antara yang aktif di media sosial adalah ibu tiri arwah Siti Sarah yang mesra dengan panggilan Makder.
Meninjau di akaun Instagram Suciuwais, Makder telah berkongsi satu video lakonannya. Menerusi video tersebut, turut berlakon bersama adalah anak tiri Makder yang juga abang kepada arwah Siti Sarah, Ahmad Firdous. Kelihatan Firdous melakonkan watak sebagai seorang yang mahu memberi sumbangan.
Manakala Makder pula memagang watak sebagai orang yang menerima sumbangan. Pada awal video, ketika Firdous mengetuk pintu rumah Makder, Makder keluar dengan pakaian biasa-biasa sahaja. Namun setelah melihat kotak sumbangan, Makder meminta agar Firdous dan jurugambar untuk tunggu sebentar.

Setelah beberapa lama, Makder keluar kembali dengan mengenakan pakaian yang cantik. Bahkan Makder juga menukar posisi ketika bergambar seakan seperti Makder yang memberikan sumbangan kepada Firdous. Perkongsian video itu telah mengundang tawa warganet.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai dan rata-ratanya terhibur dengan lakonan Makder bersama Fridous. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Kelakar betul Makder. Si anak pun sempoi layan je perangai kelakar mak tiri dia, haha.. Dua-dua pandai berlakon sekarang yer.. “
” Kemahennn.. Siap tukar baju tu takley tahan.. Hahahaha naik pening orang bagi sumbangan tu, tak tahu nak cakap apa, haha.. “
” Ya Allah, hahahaa.. Naik pening orang Makder oooiii.. Jd konfius skjp.. Nk bg sdkh atau nk mnt org sedekah agr dpt d sdkhkn pd org lain.. “
” Makder buat hal betul lah, hahaha.. Siapa sangka ka yang dapat sumbangan tu pakai lagi mewah daripada yang nk bagi sumbangan, huhu.. “
” Makderr hahhaa mmg mmbuatkan hari2 sy ceriaa.. Part salam tu tak tahan, memang nampak macam Makder yang bagi sumbangan.. “
” Rupa-rupanya yang dapat sumbangan lagi kaya, hahahaa ni betul2 kena scam.. Baju sebelum tukar pun dah cantik sangat, haha.. “
” Nak masuk tv kan kenalah cantik-cantik kan, haha.. Tapi yang salahnya posisi bergambar tu, buat orang pun naik pening siapa yang dapat sumbangan.. “
Kelakar juga Makder ni rupa-rupanya. Seronok warganet melihat hubungan akrab Makder dengan anak-anak tirinya. Semoga selepas ini akan ada lagi perkongsian lain yang mencuit hati warganet seperti ini dikongsikan oleh Makder.

Silakan SHARE..
Sumber : IG suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

