Artis / Selebriti
” Cantiknya kakak Eira, cantik sangat-sangat. Nampak muda.. ” – Netizen
Video Eira Syazira Bersama Kakaknya, Shima Curi Perhatian Warganet. Cantiknya Kakak Eira Ni, Lemah Lembut Dan Manis Orangnya. Pelakon Juga Rupanya Dan Pernah Dapat Offer Masuk Dewi Remaja !!
Siapa tidak kenal dengan pelakon yang juga merupakan isteri kepada pelawak, Azad Jasmin iaitu Eira Syazira. Selain Eira, ada beberapa orang lagi adik beradiknya yang juga aktif dalam dunia seni dan juga bergelar pelakon iaitu Syafnida dan Syainie.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ciksri89, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Eira bersama kakaknya, Shima. Eira berkongsi cerita mengenai peribadi kakaknya ini yang lemah lembut dan anak yang baik terhadap arwah ibu dan bapa mereka.
Eira juga memberitahu kakaknya ini dulu pernah bergelar pelakon dan antara peserta Dewi Remaja. Kakak Eira ini juga seorang yang pemalu dan sifatnya tidak pernah melawan kedua ibu bapa mereka. Melihat wajah kakak Eira ini membuatkan warganet teruja.

Lembut dan manis sahaja wajah kakak Eira ini. Sambil Eira bercerita tentang dirinya kepada warganet, kakak Eira ini hanya tergelak sahaja mendengar celoteh adiknya ini sambil tangannya laju memasak. Agak berbeza dan tidak sama wajah Eira dan kakaknya ini.
Jom tonton video di bawah :
@ciksri89 cantiknya kakak eira syazira. Rupanya dia yg start menjadi pelakon dahulu 😍 #fyp
Perkongsian ini telah pun meraih hampir 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Lawanya kakak awak tu. lembut manis je muka dia. kakak cantik mcm fazura la… cakap lembut je.. ”
” Wah cantik betul kakaknya… nampak lebih muda… ni patut dapat suami handsome ni.. elok-elok semua adik beradik Eira ni.. ”
” Betul la.. kakak Eira cantik sungguh.. manis dan comel gitu.. bila mak sis meninggal? tingat pak azad nngusik mil.. ”
” Cantik nya kakak eira , cantik sangat-sangat.. nmpk muda.. memang adik bwradiknya cantik belaka.. ”
” Kan.. cantik kakak iera ni, lembut je.. muka lain Dan muda nampak.. mesti umur dh 40an ni.. ”
” Lawanya kakak awak.. Bgsnya kakak eiyra ni, adik citer suka gelak je.. Batch Dewi Remaja yg mana eh.. ”
” Kakak ctk lembut dan kuat senyum patut dipanggil perempuan melayu terakhir.. ingat cerita meniti bara.. ”
Lembut dan ayu sungguh kakak Eira yang seorang ini. Patut lah Eira menggelarkan kakaknya sebagai perempuan Melayu terakhir, sopan santun dan suka ketawa orangnya. Apa-apa pun, semoga Eira dan kakaknya ini berbahagia selalu dan berjaya dalam hidup.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ciksri89
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen

