Artis / Selebriti
” Ni yang ngeri. Meremang tiba-tiba bila saya tengok sebab ada instinct something.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Makder Hasil Gambar Photoshoot Buat Warganet Seram. Lain Macam Betul Gambarnya, Macam Ada Sesuatu. Fuh Meremang Bulu Roma Tengok !!
Menerusi perkongsian Makder di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gambar-gambar ketika Makder membuat photoshoot baju. Cerita Makder, gambar ini diambil di sebuah pantai dan ketika itu sekitar jam 12 tengahari.
Ketika photoshoot berjalan, tiada apa yang kelihatan pelik tetapi setelah Makder melihat kembali hasil gambarnya, ada sesuatu yang menarik perhatian. Menerusi video ini, Makder menunjukkan salah satu gambar dan zoom ke arah bahagian jari jemari Makder pada sebelah kanan.
Pada pandangan mata kasar, ianya sangat berbeza dengan tangan Makder pada sebelah kiri. Jarinya kelihatan seperti orang tua dan berkedut-kedut. Kuku pada jari itu juga agak panjang dan ia kelihatan seperti tangan orang lain. Gambar ini membuatkan warganet meremang bulu roma.
Ada yang mengatakan seperti entiti lain berselindung di tangan Makder dan tidak kurang juga yang mengatakan mungkin ianya effect daripada filter. Tidak hanya sekeping, ada 2 keping lagi gambar yang begini rupanya dan semuanya diambil pada jarak waktu yang sama.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Makder ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aaa seramnya Makder. makder kuku jari tu panjang dan ke hitaman berkedut seakn belakang tapak tangan tu besar dan semua jari panjang dan meruncing besar berbeza dgn tapak tangan makder yg sebelah kiri apa yg mata hijab saya nampak.. ”
” Kedut dan gelap tu Satu hal… tapi yang ketara jugak, saiz tangan tu nampak besar.. Tangan org tua.. kedut2.. tangan mcm lelaki pn ade.. ”
” Allahu.. ibu jari tu nampak macam tangan orang tua.. kedut-kedut. Sma pernh kne dkt kg agong penang ambk gmbr tghari blik hotel mlm tu tgk tgn mcm org tua trus meremanggg.. ”
” Allahhhhhh dh la duduk Uma sorg. Anak-anak semua sek. Suami keje.. hallahhhhhhh…. Tgn tu serammm.. kedut-kedut macam org tua.. ”
” Nauzubillahiminzalik.. ni yg ngeri. Moga makder tak de apa2.. meremang tiba2 bila saya tgk. Sbb ada instinct something.. ”
” Saya pnh terbaca, masa trngahri rembang dan masa maghrib , Kalau boleh elak keluar rumah .. sbb masa ni sy4itan berkeliaran mencari mangsa ,wallahualam.. ”
” Meremang bulu roma tiba-tiba, seramnya tengok gambar ni. Macam tangan orang tua kedut dan hitam… kuku pun panjang.. Scary btul.. ”
” Nk kata effect kamera mcm lain je. Sbb nmpk beza dia ketara dngn tangan sebelah agi. Tak pastilah kan. Semoga makder sentiasa dlm jagaan Allah dari anasir² jahat. Aamiin.. ”
Tidak dapat dipastikan sama ada ianya betul effect kamera atau sebaliknya kerana alam ghaib itu sememangnya wujud. Ramai juga yang seram melihat gambar Makder ini. Apa-apa pun, semoga Makder baik-baik sahaja dan dilindungi daripada sebarang anasir jahat. Jaga diri selalu Makder.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tak jadi nak seram tengok rumah Cik B sebab lagi seram dengar harga sewa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tu dia Presiden duda-duda Malaya dah bersuara. Ketua dah marah daa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pergh suara dia, 6 ke 7 kali ulang dengar pun berdiri bulu roma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pecah perut aku ketawa, slay betul mommy Aqish ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago
” Kecewa dengan tindakan Fattah Amin.. ” – Pak Mat Western
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cara dia peluk Fatima tu, jatuh terus air mata aku.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betapa ikhlasnya dia fikirkan kawan-kawan lebih dari diri sendiri, respect weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hope Aunties and Uncles enjoy my little karaoke performance.. ” – Nur Fatima Aisya